Tips Menjadi Kaya - Bahagian 1

Khamis, Oktober 30, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada cahayashakira.blogspot.com
Pertama sekali ingin disampaikan tips2 ini adalah bagi mereka yg mahu merubah nasib mereka. Adapun bagi mereka yg bersikap negatif terhadap isu ini, anda tidak perlu menyertainya dan pandangan negatif anda juga tidak diperlukan di sini.

Soalan Pertama: Apakah hukum Mahukan Kekayaan Harta dalam Islam?

Yang pasti, Islam tidak pernah mengharamkan ummatnya menjadi Kaya, Hartawan dan Jutawan. So, jangan ada pemikiran2 negatif terhadap kekayaan dan kaitkan seolah itulah ajaran Islam.

Soalan Kedua: Adakah benar Nabi kita Muhammad saw adalah seorang yg miskin dan tidak suka kepada kekayaan?

Tidak benar, Nabi kita saw telah diberi banyak kekayaan harta oleh Allah swt sebagai contoh, Allah telah menetapkan hak Rasulullah saw sebanyak 1/5 namun kerana cintanya beliau kepada ummatnya beliau saw telah menginfaq kesemua haqnya itu kepada ummatnya sepanjang hidupnya.

Dalam peperangan Badar, apabila Rasulullah saw merayu utk dapatkan sumbangan bagi kelengkapan ketenteraan menentang bala tentera kaum musyrikin yg berlipat ganda, hampir tiada sahabat yg dapat memberi sumbangan. Berbeza keadaanya pada tahun2 sesudahnya, ramai dikalangan sahabat dapat memberikan sumbangan dalam jihad2 yg berlaku ketika itu.

Abu Bakar, Uthman bin Affan, Abdur Rahman Bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah ridhuanullahu anhum adalah antara sahabat Nabi saw yg sangat kaya. Jadi, menjadi kaya bukanlah SUATU DOSA bahkan antara aspek positif menjadi kaya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kuasa melabur saham akhirat yg lebih besar.

Kesimpulannya, orang yang mahukan kekayaan terlebih dahulu mesti mempunyai minda positif terhadap kekayaan. Yg pasti dan pasti, orang yg mempunyai minda negatif terhadap kekayaan tidak akan menjadi kaya.

Soalan Kedua: Adakah Kekayaan dan Kemiskinan merupakan Taqdir Allah dan manusia dikehendaki hanya menerima sahaja ketetapan tersebut?
....akan bersambung...



Your Life Is Your Choice


Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com
U

0 comments:

Bulan Muharam - Hari Assyura

Khamis, Oktober 30, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada Pinterest Assunah













Ramai orang yang apabila tiba bulan Muharam akan teringat akan kelazatan bubur assyura baik daripada kanak-kanak sehingga warga tua. Ini sudah menjadi satu kelaziman bila tiba 10 Muharam. 

Umum perlu mengetahui bahawa dalam bulan muharam yang disuruh untuk melakukan dan mempunyai ganjaran adalah berpuasa. Sehingga hari ini budaya yang menyuruh untuk merayakan atau meratapi pada tarikh 10 Muharam bukanlah daripada ajaran atau anjuran Islam tetapi anjuran Yahudi dan Syiah. 

Yahudi telah berpuasa dan merayakan hari 10 Muharam tetapi Syiah telah menganjurkan anjuran untuk meratapi pembunuhan Husin di Karbala pada 10 Muharam, tetapi tidak diketahui amalan tentang bubur assyura pula datangnya daripada mana.

Adalah lebih baik amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan tuntutan agama berbanding penilaian akal fikiran sendiri yang berselindung di sebalik 'niat baik' ini kerana berselindung di sebalik 'niat baik' belum tentu mendatangkan faedah malah dikhuatiri menjerumuskan kita ke dalam neraka.

Perlu diketahui penulis tidaklah menghukum pelaku amalan bubur assyura ke neraka tetapi hanya menasihati supaya amalan itu tidak dikerjakan kerana khuatir. "Agama itu adalah nasihat" (R. Muslim).

Penjelasan lanjut sila ke SINI Hari Assyura menurut Syiah.

Nasihat penulis berpuasa lebih utama daripada menyambutnya dengan keraian atau ratapan.



Terima kasih.
nota zairi mohamad.

0 comments:

Refleksologi - Kaedah Rawatan melalui urutan

Rabu, Oktober 29, 2014 Unknown 1 Comments







Gambar daripada http://www.handreflexologycharts.com/

Baru-baru ini badan selalu saja sakit. Saya mengambil inisiatif untuk tidak mengambil ubat-ubatan tetapi cuba menggunakan kaedah lain iaitu refleksologi di bahagian tangan. Mujur saya terjumpa kit refleksologi tangan di satu kedai buku malah ianya turut berada dalam senarai promosi dan harganya yang berbaloi hanya RM16.00.

Saya dan isteri saling memicit-micit tangan berdasarkan kaedah yang ditunjukkan dalam buku panduan. Budak baru belajar mungkin tidak berapa berkesan tetapi ianya satu proses pembelajaran berterusan di samping menjaga pemakanan.

Ianya merupakan satu daripada kaedah alternatif lain bagi menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara mangurut titik tertentu yang terdapat pada anggota tangan atau kaki. Bagi sesiapa yang memang rajin menjaga kesihatan, selain pemakanan, senaman dan makanan tambahan ini boleh menjadi satu daripada alternatif bagi tujuan kesihatan holistik (Insya Allah)

Sama-samalah mencari ilmu untuk dimanfaatkan dan menjadi berguna bukan saja untuk sendiri saja malah keluarga dan masyarakat.


Wassalam.
nota zairi mohamad.







1 comments:

Cinta pada Muslim Sesuai Kadar Iman

Rabu, Oktober 29, 2014 Unknown 0 Comments


Imej daripada Google Image
Kita diperintahkan untuk mencintai sesama muslim. Namun kecintaan tersebut adalah sesuai kadar iman. Semakin beriman, maka semakin dicintai. Semakin banyak maksiat, berarti kecintaan padanya pun semakin berkurang.
Kita diperintahkan untuk mencintai sesama muslim. Allah Ta’ala berfirman,
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. At Taubah: 71).

Sifat wala’, setia dan cinta pada saudara beriman itulah yang diperintahkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Salah seorang di antara kalian tidaklah dikatakan beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no. 13 dan Muslim no. 45)
Ibnu Rajab Al Hambali berkata mengenai hadits di atas, “Di antara tanda iman yang wajib adalah seseorang mencintai saudaranya yang beriman lebih sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Ia pun tidak ingin sesuatu ada pada saudaranya sebagaimana ia tidak suka hal itu ada padanya. Jika cinta semacam ini lepas, maka berkuranglah imannya.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 305).
Sikap yang dilakukan oleh seorang muslim ketika melihat saudaranya yang melakukan kesalahan adalah menasehatinya. Ibnu Rajab Al Hambali berkata, “Jika seseorang melihat pada saudaranya kekurangan dalam agama, maka ia berusaha untuk menasehatinya (membuat saudaranya jadi baik).” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 308).
Adapun jika muslim tersebut pelaku dosa besar seperti pemakan riba (rentenir) dan suka mengghibah (menggunjing), maka orang tersebut dicintai sekadar dengan ketaatan yang ada padanya dan dibenci karena maksiat yang ia terus lakukan.
Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Jika ada dalam diri seseorang kebaikan dan kejelekan, dosa dan ketaatan, maksiat, sunnah dan bid’ah, maka kecintaan padanya tergantung pada kebaikan yang ia miliki. Ia pantas untuk dibenci karena kejelekan yang ada padanya. Bisa jadi ada dalam diri seseorang kemuliaan dan kehinaan, bersatu di dalamnya seperti itu. Contohnya, ada pencuri yang miskin. Ia berhak dihukumi potong tangan. Di samping itu ia juga berhak mendapat harta dari Baitul Mal untuk memenuhi kebutuhannya.” (Majmu’ Al Fatawa, 28: 209).
Ibnu Taimiyah melanjutkan, “Demikianlah prinsip Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Prinsip diselisihi oleh Khawarij dan Mu’tazilah serta yang sepaham dengan mereka. Mereka menjadi hanya berhak dapat pahala saja. Atau jika tidak yah mendapatkan siksa saja. Sedangkan Ahlus Sunnah berprinsip bahwa Allah menyiksa orang yang berbuat dosa besar yang pantas untuk disiksa. Mereka pun dapat keluar dari neraka dengan syafa’at sebagai karunia dari Allah. Sebagaimana hal ini didukung oleh hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Idem).
Hanyalah Alla yang memberi taufik dan hidayah.
Selesai disusun selepas Zhuhur di Darush Sholihin, 4 Muharram 1436 H
Oleh Al Faqir Ilallah: M. Abduh Tuasikal, MSc
Artikel Rumaysho.Com

0 comments: