Tips Melebatkan Rambut

Rabu, April 22, 2015 Unknown 1 Comments


Gambar daripada http://www.myhealthtips.in
Kepala Botak ?
Rambut Gugur ?
Rambut Nipis ?

Rawatan kulit kepala untuk menyuburkan rambut boleh dilakukan sendiri di rumah. Sedar atau tidak bahan yang digunakan selalu diguna pakai dalam masakan. Masalah-masalah seperti di atas boleh dibaiki hanya berbekalkan bahan semulajadi ini.

Kita pernah dengar Iklan di TV yang dipromosikan aktor terkenal Jackie Chan bukan? Gambarnya juga tertera di kotak produk tersebut. Keberkesanannya mungkin betul mungkin tidak bergantung kepada mereka yang pernah menggunakannya. Direct effect yang dihidapi juga bergantung kepada ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Lihat gambar di bawah.


Di sini bukanlah entry untuk mempromosikan sebarang produk mengawal keguguran rambut tetapi hanya sekadar perkongsian untuk melebatkan rambut atau kepala yang hampir botak dengan hanya menggunakan bahan masakan di dapur !

Tahukah anda?
Bawang merah kaya dengan sulfur yang apabila jusnya di aplikasikan ke kulit kepala bersama dengan ramuan anti keguguran rambut atau tidak, ianya akan merangsang peredaran darah di kulit kepala. Ianya juga merangsang penghasilan tisu kolagen yang membantu melebatkan rambut. Secara ringkasnya ia membantu  kulit kepala dengan merangsang peredaran darah yang lebih baik dan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang mengalami masalah untuk membantu folikel rambut tumbuh dengan lebat, sihat dan kuat. 

Untuk membolehkan rambut tumbuh dengan lebat dan sihat, hanya jus bawang merah yang diperlukan semasa menggosok secara perlahan ke kulit kepala. Jus bawang yang diperah memang berkesan apabila digunakan secara berkala untuk kesihatan kulit kepala yang optimum. Perlu diketahui, kulit kepala yang sihat akan berhasil melebatkan dan menyihatkan rambut. 

gambar daripada http://www.myhealthtips.in
Penyediaan Jus
Ramuan semulajadi ini yang tidak melibatkan sebarang artificial chemical memang mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan, jadi penggunaan yang kerap akan menampakkan hasil. SABAR itulah yang diperlukan namun hasilnya pasti memuaskan hati berbanding artificial chemical yang hasilnya cepat tapi keputusannya juga tidak seperti dijangkakan (tidak kekal lama).

Paling mudah untuk menyediakan jusnya adalah dengan cara mengisar, atau potong dadu dan tekan untuk mengeluarkan jus. Jus yang telah terhasil tadi anda boleh gunakan dengan menyapu dan meramaskan ke kulit kepala dengan lembut tanpa merosakkan kulit kepala. Bergantung kepada kesesuaian kita. 

Baunya yang agak memeritkan hidung akan membuat kita berapa tidak selesa tapi sesudah membiarkan hampir lima minit cucilah dengan air bersih dan keringkan rambut tanpa menggunakan alat pengering ! Alat pengering rambut hanya akan menambah kerosakan rambut !

Untuk mendapatkan lebih manfaat daripada bahan semulajadi ini gunakan dalam masakan sekerap yang boleh, bukan hanya rambut tetapi tubuh badan atau organ badan kita yang lain juga akan dapat manfaat keseluruhannya.

Semoga berjaya ! Selamat mencuba.

Sumber:


1 ulasan: