Oh Mak Kau !

Isnin, Mei 18, 2015 Unknown 0 Comments


Bismillah...

Alhamdulillah , segala puji hanya bagi Allah yang memiliki jiwa ini dan masih memberi nafas ke hari ini. Ini bukanlah entri Oh Media ! Oh Perfumenista ! atau apa saja jenis Oh ! yang popular di Fb.

Isu kali ini berkaitan dengan kesihatan diri individu. Tetapi apa kaitan dengan tajuk entri, seperti ianya tiada kaitan. Bila disebutkan latah atau melatah pasti kita teringatkan orang-orang tua yang melatah apabila diusik dengan pelbagai cara atau berikan mereka kejutan yang tidak disangka.

Tahukah kita bahawa tindakan melatah adalah satu daripada mental simulation, iaitu kebolehan atau tindakan yang telah disimpan di memori (otak) kepada otot-otot bahagian badan untuk mengambil bahagian kepada tindakan spesifik tertentu.

Dengan bahasa mudahnya, otot yang bertindak balas seperti yang telah disetkan oleh minda kita. Begitulah yang berlaku kepada mereka yang melatah ini. Antara faktor penyebab kepada tindakan ini adalah keadaan persekitaran. Lingkungan mereka yang melatah ini telah menyebabkan seseorang yang tidak melatah boleh jadi melatah kerana keadaan persekitaran yang mempengaruhi mereka.

Keadaan ini boleh disembuhkan dengan mengeluarkan mereka daripada persekitaran negatif ini untuk mengekang gejala ini menjadi lebih teruk. Bayangkan sekiranya seseorang yang melatah dan menyebut perkara lucah tanpa henti. Adakah ini sihat? Kaum kerabat pasti tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya terjadi di kawasan terbuka yang terdiri daripada bukan kalangan saudara mara yang tidak mengerti ? Fikir-fikirkan.

Pendapat saya, ini bukannya penyakit tetapi perbuatan yang telah kita setkan sebagai tindakan tidak langsung kita yang dibantu oleh tindakan tertentu. Jadi hapuskan puncanya maka keadaan ini pasti hilang daripada diri individu.


Sumber www.wpt.co.uk


0 comments:

Petua Anti Rasukan/Sihir/Histeria

Sabtu, Mei 09, 2015 Unknown 0 Comments


Bismillah,

Kewujudan Jin, Syaitan dan Makhluk Ghaib tidak dapat disangkal kerana sebagai Manusia Muslim (orang Islam Beriman) keimanan kepada perkara ghaib adalah Rukun Keimanan. Perkara-perkara ghaib ini ada diberitakan di dalam Al Quran.

Disini bukanlah tempat untuk membincangkan tentang perkara ghaib umumnya tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan menangkis serangan ghaib berupa rasukan/histeria/sihir/sampuk atau yang seerti dengannya secara khususnya.

Serangan ini boleh saja terjadi kepada sesiapa sahaja, dan di bawah ini beberapa perkongsian yang diambil melalui garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Menemui Dukun/Tok Bomoh/Pawang atau seangkatannya bukanlah satu solusi, tetapi malah menyebabkan manusia terjerumus ke lembah kesyirikan ! AWAS !

Baru-baru ini wujud mekanisme baru untuk merawat Histeria (salah satu daripada serangan Jin -mungkin - tetapi lebih tepat dipanggil gangguan). 


Ketahuilah ini bukan apa yang syariat ajarkan, tiada sebarang rujukan kukuh untuk membenarkan kewujudan kit ini kerana tiada satupun ayat Quran atau Hadis yang menyatakan Jin, Syaitan atau lain-lain takut akan garam, lada hitam atau sebagainya - apatah lagi dengan kit ini ini -  untuk dijadikan penahan gangguan makhluk halus !!

Inilah satu daripada cabang kesyirikan kerana percaya sesuatu itu memberi kesembuhan melebihi kuasa Tuhan (Allah). Menjadikan kuasa lain sebagai penyembuh adalah SYIRIK ! mereka beralasan dengan berikhtiar. Wahai manusia, berikhtiar itu pun ikutlah apa yang telah diajarkan, jangan sampai menggadaikan Aqidah. Permainan Iblis yang licik boleh menjerumuskan sesiapa sahaja tidak kiralah seseorang itu Dekan, Prof., Pensyarah ataupun orang awam. Waspadalah.

SAYA KATAKAN NO TO KIT ANTI HISTERIA. Selain menjatuhkan seseorang ke lembah SYIRIK perkara ini malah memalukan umat Islam kerana terikut-ikut dengan cerita barat yang menentang Vampire or Satan menurut pemahaman orang kafir.


Mari kita telusuri kaedah mudah yang mempunyai garis panduan daripada Agama yang Sahih, bukan agama daripada Prof., Dekan, pensyarah atau ustaz tetapi apa yang diturunkan Allah kepada NabiNya.

____________________________________________________________

A. Membaca ayat Kursi setiap selesai sholat lima waktu sesudah membaca wirid yang disyariatkan setelah salam atau dibaca ketika akan tidur. Karena ayat kursi termasuk ayat yang paling besar nilainya di dalam Al Qur’an. Rasulullah bersabda dalam salah satu hadits shohihnya :

 “Barang siapa yang membaca ayat kursi pada malam hari, Allah senantiasa menjaganya dan setan tidak akan mendekatinya sampai subuh.”

B. Membaca Surat Al Ikhlas, surat Al Falaq, dan Surat An Naas pada setiap selesai sholat lima waktu, dan membaca ketiga surat tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah subuh dan menjelang malam sebelum sholat Maghrib.

C. Membaca dua ayat terakhir surat Al Baqarah ayat 285-286, pada permulaan
malam, sebagaimana sabda Rasulullah ε :
“Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka cukuplah baginya.” 

D. Banyak membaca ta’awwudz dengan menggunakan kalimah Allah yang sempurna untuk memohon perlindungan diri dari kejahatan makhluq-Nya. Hendaklah dibaca pada malam dan siang hari ketika berada di suatu tempat, ketika masuk dalam suatu bangunan, ketika berada di tengah padang pasir, di udara atau di laut .

 E. Membaca do’a di bawah ini masing-masing tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam  :

 “Dengan nama Allah, yang tidak ada yang membahayakan bersama namaNya sesuatupun yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. ( HR Abu Dawuud dan Tirmidzi) .

___________________________________________________________

Penjelasan lanjut dan terperinci sila DOWNLOAD



0 comments:

Berniaga itu 9/10 Dari Sumber Rezeki ?

Isnin, Mei 04, 2015 Unknown 0 Comments


Gambar daripada http://www.niknasri.com

Ada yang bertanya kepada saya tentang status hadis yang masyhur dalam kalangan Muslimin: Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki. Saya akan huraikan jawapan untuk pertanyaan tersebut seperti berikut:

1. Hadis tersebut datang dengan lafaz:

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

- Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352)

- Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)

Komentar terhadap hadis:

- Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77)

- Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi'in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461)

- Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi  (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461) menyatakan beliau adalah tabi'in.  Pandangan inilah yang disokong oleh Ibn Hajar. (rujuk: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, Hal. 510)

- Kesimpulan: Hadis ini daif kerana mursal (sanadnya terputus)

Hadis ini juga diriwayatkan dari jalur Yahya bin Jabir al-Taii riwayat Said bin Mansur dalam sunannya seperti yang disebut oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-Jami' dan ia juga daif disebabkan mursal (sanadnya terputus). (Rujuk: al-Suyuti, al-Jami' al-Saghir, jld. 14, hal. 55)

2. Terdapat juga hadis lain dengan makna yang lebih kurang sama dengan hadis di atas:

- يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة فإن الرزق عشرون بابا تسعة عشر منها للتاجر وباب واحد منها للصانع وما أملق تاجر صدوق إلا فاجر حلاف مهين

Maksudnya: Wahai sekalian Quraisy, jangan biarkan bangsa asing menguasai perniagaan, sesungguhnya rezeki itu mempunyai 20 pintu, 19 daripadanya adalah daripada perniagaan dan satu pintu (rezeki) lagi daripada pembuat (manufacturer). Sekali-kali peniaga yang bercakap benar tidak akan menjadi miskin kecuali jika dia jahat (penipu) selalu bersumpah dan hina.

Hadis ini riwayat Ibn al-Najjar (rujuk: kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60) dan al-Dailami (rujuk: al-Firdaus, jld. 5, hal. 287) daripada Ibn Abbas.

Komentar terhadap hadis:

al-Dailami meriwayatkan hadis ini secara ta'liq (tanpa menyebut sanadnya) manakala sanad Ibn Najjar pula terdapat perawi yang bernama Mindal bin Ali dan Imam Ahmad, Yahya ibn Ma'in dan Abu Zur'ah mengatakan bahawa dia lemah (daif). (Rujuk: al-Uqaili, al-Dhu'afa', jld. 4, hal. 266, al-zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 4, hal. 180)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini diriwayat juga dari jalur yang lain:

عمر بن حفص ، نا ابن جريج ، عن عطاء عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة ، فإن البركة في التجارة فصاحبها لا يفتقر (1) ، إلا تاجر حلاف مهين

Riwayat Ibn al-A'rabi dalam mu'jamnya (jld. 3, hal. 232)

- Hadis ini juga daif (lemah) disebabkan umar bin Hafs. al-Baihaqi mendaifkannya. (rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 566)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini juga tidak menyebut tentang bilangan pintu rezeki seperti hadis sebelum ini. Ini bermakna hadis ini tidak boleh menguatkan hadis di atas.

- Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:

 ( الرزق عشرون بابا فتسعة عشر بابا للتاجر وباب للصانع بيده )

Maksudnya: Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat (manufacturer) dengan tangannya.

Hadis ini riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam kitab Islah al-Mal (hal. 73)

Tetapi hadis ini daif jiddan (terlalu lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Juwaibir bin Said dan dia dihukum matruk. (Rujuk: al-zahabi, al-kasyif, jld. 1, hal. 298)


Kesimpulan:
Tidak ada satu riwayat pun sahih@hasan dalam bab ini. Manakala hadis-hadis ini juga tidak boleh dinaiktaraf menjadi hasan lighairih kerana sebahagiannya daif jiddan dan sebahagian lainnya pula tidak mempunyai lafaz bilangan pintu rezeki yang dinyatakan. Maka semua riwayat dalam bab ini daif. Wallahua'lam.


Sumber:

0 comments: