Tips Jimat Belanja Dapur
Ramai yang kini merungut tentang harga barang yang naik, sistem GST
yang baru diperkenalkan dan berbagai lagi masalah tentang para peniaga
yang mengambil kesempatan ke atas sistem GST yang baru dijalankan di
negara ini.
Kami tidak mahu bercerita banyak tentang GST sebab ia dah banyak
dipaparkan di media dan laman web lain. Tapi kali ini kami ingin
berkongsi dengan anda cara untuk pengurangkan belanja barang dapur
dengan menanam semula beberapa jenis barang yang biasa kita beli di pasar.
Ok, tanpa buang masa mari kita mulakan :
1. Bawang putih
Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan
menghasilkan 1 labu bawang putih. Bayangkan jika anda tanam 1 labu
bawang putih, berlabu-labu hasilnya.
Okey, ikuti cara menanam bawang putih dalam video berikut :
2. Daun bawang
Ye, daun bawang juga boleh ditanam semula dirumah. Jadi selepas ini
jika anda beli daun bawang, simpan sedikit untuk ditanam semula. Ikuti
video di bawah untuk cara-cara menanam daun bawang. Lepas ni nak letak daun bawang dalam sup tak perlu beli lagi. Kat rumah kan dah ada.
Lobak juga boleh ditanam dirumah dalam bekas yang bersaiz sederhana besar. Ikuti cara tanam lobak merah ini.
4. Kunyit
Kunyit juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah anda. Jom tonton cara tanam kunyit.
Buat masa ni, senarai di atas adalah yang paling kerap dibeli dan untuk menjimatkan kos membeli kami sedang berusaha untuk menanam kesemua bahan di atas dengan kawasan yang terhad. Proses untuk menanam semua bahan di atas sedang dilaksanakan.
Selamat berusaha.
Rujukan : http://thevocket.com
Lagi penjimatan utk rakyat Malaysia.
BalasPadamhttp://bit.ly/1M2ta5X