Fenomena berselawat ..adakah? yahanana..yahanana

Isnin, April 06, 2015 Unknown 0 Comments


Bismillah

Selawat merupakan ibadah. Hal ini telah ditunjukkan oleh baginda s.a.w kepada para sahabat untuk ikutan. Namun ramai orang pada hari ini telah menyandarkan Qasidah sebagai selawat. Jelas menunjukkan istilah ini disalah faham oleh orang kebanyakan  kerana kejahilan mereka dalam mengenalpasti dan mendudukkan istilah selawat itu pada tempatnya.

Melaka berselawat, Kedah berselawat, Johor berselawat dan lain-lain lagi yang menggunapakai istilah selawat tetapi yang nyata pelaksanaannya merupakan sebaliknya (Qasidah). Umum mengetahui nyanyian itu tidak akan pernah sama dengan bentuk ibadah, namun telah disalaherti apabila liriknya berbentuk pujian-pujian ke atas nabi (malah mendewakan nabi s.a.w melebihi tuhan) telah dinyanyikan dalam bahasa arab.

Jahilkah umat Melayu? Tidak semua ! Hanya kerana lirik dan rentak yang mengasyikkan masyarakat Malaysia yang majoritinya Melayu (tidak faham bahasa arab) telah terpesona dengan gaya bersahaja pak Arab (konon ahlil bait) mendendangkan 'selawat'.

Nabi s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik, selawat adalah untuk nabi s.a.w, dan telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w., namun masih adakah ajaran yang lebih benar selain ajaran yang dibawa oleh nabi s.a.w. ? Pasti ramai yang mengatakan tidak ada namun amalannya jauh menyimpang seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Fenomena atau musim berselawat ini telah menjadi agenda nasional sehinggakan para pemimpin negeri atau pemimpin masyarakat setempat sanggup menghabiskan ribuan atau puluhan ribu untuk menjemput 'syeikh-syeikh' yang terlibat mendendangkan 'selawat' di kawasan mereka. Tidaklah dapat dipersalahkan masyarakat setempat seratus peratus apabila para pemimpin mengajar kepada kemungkaran. Masih adakah masyarakat yang menegur pemimpin mereka yang telah tersilap ? Saya percaya pasti ada, tetapi kapasitinya sebagai orang awam mungkin tidak memberi kesan ke dalam jiwa pemimpin tersebut.



Mungkin mereka beralasan selawat, apa salahnya. Di sinilah mereka tersilap menafsir Qasidah itu sebagai selawat lalu merebaklah kejahilan itu menjadi barah dalam masyarakat.

Cara paling mudah berselawat :
  • Pergi mengaji hadis (maka setiap kali disebutkan nama nabi s.a.w maka selawatlah)
  • Baca sirah nabi s.a.w.

Lafaz selawat yang sahih baca link di bawah :




0 comments: