Solatlah Sepertimana Kalian Melihat Aku Solat

Isnin, April 06, 2015 Unknown 0 Comments


Bismillah,

Alhamdulillah.

Solatlah kalian sepertimana kalian melihat aku solat itulah yang dipesan oleh nabi s.a.w di dalam sabda baginda yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari. Namun sebahagian besar hanya melaksanakan ibadat tersebut hanya sekadarnya tanpa mengikuti pesanan Baginda. Malahan ada yang terpesong daripada ajaran Rasulullah s.a.w..

Perlu diterapkan di dalam minda iaiatu amalan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak ialah SOLAT. Jika sekiranya amal ibadat itu tidak seperti ajaran nabi s.a.w pembawa risalah Agung (Islam), bolehkah kita bayangkan apa yang bakal kita hadapi ? Bagaimankah amalan kebajikan kita yang lain ? dan seterusnya bagaimankah nasib kita ?

Jangan berputus asa dan berhenti berharap kepada Tuhanmu wahai manusia. Tuntutlah ilmu dan jangan pernah leka, luangkan masa berbual bicara dengan manusia-manusia berilmu yang benar di luar, banyakkan membaca dan mengkaji di samping menjalani kehidupan lelahmu.

Di dalam Al-quran menyebutkan : 


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(Al-Ankabut 29:45)

Jangan pernah berhenti untuk bertaubat daripada kemungkaran, kerana kemungkaran itu hanya boleh ditangani dengan solat (yang benar-bukan rekacipta manuisa). Tidak yakinkah kita dengan janji Allah ? Firman-Nya di atas adalah bukti bagi pemutus kemungkaran adalah solat. Maka solatlah dengan benar dan mohonlah hanya kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Cuba kita teliti cara solat nabi seperti yang ditunjukkan di SINI.
Lebih lanjut : http://carasholat.com/


0 comments: