Iya Ubahlah...
Bismillah..
Bila mana manusia tergerak untuk berUBAH pasti ada halangan. Halangan yang boleh mematikan semangat perubahan yang sedang berkobar-kobar saat diperlukan namun longlai sesudah itu.
Pilihan itu di tanganmu wahai manusia, mahu berUBAH kepada apa itu juga pilihanmu. Jangan membungkam seribu bahasa tanpa tindakan lalu, perubahan apa yang boleh kau bawa ? Apa alasanmu untuk tetap berdiam tanpa tindakanmu ?
Dek kerana katanya orang lalu kau diam? Dek kerana tidak tahu apa keputusannya lalu kau diam? Dek kerana NANTI-NANTI maka kau diam?
Itu semua boleh mematikan hasrat siapa sahaja bukan sahaja dirimu malah orang sekitarmu. Pastikan dimana kamu ingin bermula dan apa langkah seterusnya dan terus MULAI.
Seribu langkah itu tidak bermula andai langkah yang pertama itu dimulai ! Mana semangat yang dulunya membuak-buak dalam jiwamu? Lalu mengapa kau ingin padamkan? Jangan terpesona dengan keselesaanmu. Jangan lalai dengan tingkahmu. Jangan pernah kau diamkan jiwa besarmu.
NAMUN berubahlah demi kebaikan DIRIMU, KELUARGAMU, MANUSIA di sekelilingmu dan paling penting PILIHLAH BERUBAH DEMI TUHANMU ! Bukan kerana bisnesmu, kerana suamimu, kerana isterimu, bukan siapa-siapa.
Tidak disia-siakan USAHAmu untuk menggapai keredhaan Tuhanmu. Langkah permualaanmu dikira, hasilnya juga dikira, niatkan seikhlas mungkin keredhaannya yang perlu kau gapai, bukan keredhaan manusia. Manusia itu bukan sesiapa untuk kau puaskan hatinya !
Mereka-mereka itu tidak boleh beri sebarang mudarat dan keberuntungan untuk jiwamu yang berada dalam genggamanNYA. Lalu jangan pernah takut sesama manusia! Ya Ubahlah. Takutlah akan tuhanmu yang telah memberimu pilihan namun kau menolak untuk memilihnya.
ITU SEMUA ADALAH PILIHANMU !!
PILIHAN ITU MILIKMU !!
0 comments: