Antara Kejahilan Umara & Kelalaian Ulama
Bismillah,
Antara kejahilan umara dan kelalaian ulama.
Inilah yang sesuai digambarkan dengan situasi seperti di dalam video yang dipaparkan di bawah. Disebabkan kejahilan umara (pemimpin), kesesatan bermaharajalela sehinggakan perkara yang mungkar di depan mata tidak dapat diambil tindakan dek kerana golongan pemimpin terlibat. Nah sekarang disebabkan kemungkaran yang bermaharajalela dan keterlibatan para pemimpin, jabatan agama turut berdiam diri tanpa dapat mengambil sebarang tindakan kerana takut dengan manusia berbanding takut kepada PENCIPTAnya.
Saksikan video dan ulasan di bawah dengan hati terbuka. Mudah-mudahan pendedahan ini dapat memberi ruang seluas-luasnya kepada amar makruf nahi mungkar. Perhatikan hadis di bawah :
Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف
الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).
0 comments: