Pemulihan Alami

Rabu, Januari 14, 2015 Unknown 0 Comments

Bismillah...

Kesihatan yang diberikan pada setiap individu itu adalah anugerah tidak ternilai daripada Sang Khaliq (Maha Pencipta). Maka nikmat tuhan kamu yang manakah ingin kamu dustakan (Q : Ar-rahman). 

Apabila seseorang itu ditarik nikmat kesihatan daripada dirinya maka hilanglah nikmat itu sementara dosa yang ditanggung semasa ianya sihat itu akan dihapuskan (insyaAllah). Bersyukurlah kita di atas nikmat itu kerana segala macam perkara boleh kita lakukan di saat kesihatan itu terpelihara.

Ibadat dan segala macam hal berbentuk kedamaian dunia dapat kita lakukan tanpa sebarang kesulitan jika hendak dibandingkan saat sakit.

Manusia dituntut untuk mencari ubat sekiranya sakit. Tidak kira apa jua bentuk kesakitan yang dialami seseorang itu mempunyai tugasan untuk mencari ubat yang serasi dengan penyakit (jika tepat ubatnya maka penyakitnya akan sembuh) di samping bertawakal dan percaya dengan seyakinnya bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah.

Sumber gambar daripada Google Image.

Secara peribadi, aku berpendirian bahawa setiap manusia yang lahir telah dibekalkan dengan keupayaan untuk memulihkan diri sendiri. Ini disebut perubatan secara alami iaitu tubuh badan manusia akan berperanan sebagai penangkis bagi segala penyakit yang menghinggapi dirinya, Penyakit yang terhasil adalah disebabkan sistem ketahanan tubuh yang tidak seimbang. Jadi sekiranya sistem ketahanan tubuh pesakit diseimbangkan semula maka penyakit itu akan terhapus daripada tubuh.

Hal ini berlaku dalam sistem Perubatan Homeopati iaitu sistem perubatan alternatif yang merangsang tenaga hayat (vital force) badan untuk memulihkan penyakit yang dihidapi seseorang individu.


كُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit pasti memiliki obat. Bila sebuah obat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Bacaan Tambahan :

0 comments: