Tips Bijak Berbelanja

Selasa, Mac 31, 2015 Unknown 0 Comments


Tips Berbelanja Menurut Orang Bijak Pandai

Semua Orang Kaya dan Yang Berjaya adalah Orang Yang Bijak.

Orang Yang Bodoh dan Malas TIDAK AKAN BERJAYA DAN KAYA

Anda dianggap layak berbelanja $2 apabila anda memiliki $10.00

Anda dianggap layak berbelanja $5.00 apabila anda memiliki $25.00

Anda dianggap layak berbelanja $10.00 apabila anda memiliki $50.00

Jika anda merupakan orang yg mempunyai pertimbangan seperti di atas, anda adalah seorang yang BIJAK
dan bakal menjadi orang yang Kaya dan Berjaya.
Tetapi.......

Anda dianggap tidak wajar apabila anda berbelanja $8 utk sesuatu yg tidak penting sedangkan anda memiliki hanya $10.00


Anda dianggap TIDAK BIJAK apabila anda berbelanja $20 utk sesuatu kemahuan yg bukan keperluan padahal anda hanya memiliki $25.00

Dan anda dianggap BODOH apabila anda berbelanja $50.00 utk sesuatu yg tidak berfaedah dan tiada manfaat baik padahal anda hanya memiliki $70.00

Fikir fikirkan.

Berbelanjalah mengikut KEMAMPUAN bukan mengikut KEMAHUAN.

Menjadi Pandai atau Bodoh adalah pilihan bukan Taqdir
 
Gambar daripada Google Image
Gambar daripada Google Image


Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments:

Ujian dan Musibah Tanda Allah Cinta

Ahad, Mac 22, 2015 Unknown 0 Comments


Gambar daripada Google Image
Inilah yang patut dipahami setiap insan beriman. Bahwa cobaan kadang dapat meninggikan derajat seorang muslim di sisi Allah dan tanda bahwa Allah semakin menyayangi dirinya. Dan semakin tinggi kualitas imannya, semakin berat pula ujiannya. Namun ujian terberat ini akan dibalas dengan pahala yang besar pula. Sehingga kewajiban kita adalah bersabar. Sabar ini merupakan tanda keimanan dan kesempurnaan tauhidnya.

Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِى الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَفَّى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan hukumannya di dunia. Jika Allah menghendaki kejelekan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas dosa yang ia perbuat hingga akan ditunaikan pada hari kiamat kelak.” (HR. Tirmidzi no. 2396, hasan shahih kata Syaikh Al Albani).

Juga dari hadits Anas bin Malik, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Sesungguhnya pahala besar karena balasan untuk ujian yang berat. Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka. Barangsiapa yang ridho, maka ia yang akan meraih ridho Allah. Barangsiapa siapa yang tidak suka, maka Allah pun akan murka.” (HR. Ibnu Majah no. 4031, hasan kata Syaikh Al Albani).

Faedah dari dua hadits di atas:

1- Musibah yang berat (dari segi kualitas dan kuantitas) akan mendapat balasan pahala yang besar.

2- Tanda Allah cinta, Allah akan menguji hamba-Nya. Dan Allah yang lebih mengetahui keadaan hamba-Nya. Kata Lukman -seorang sholih- pada anaknya,
يا بني الذهب والفضة يختبران بالنار والمؤمن يختبر بالبلاء
Wahai anakku, ketahuilah bahwa emas dan perak diuji keampuhannya dengan api sedangkan seorang mukmin diuji dengan ditimpakan musibah.”

3- Siapa yang ridho dengan ketetapan Allah, ia akan meraih ridho Allah dengan mendapat pahala yang besar.

4- Siapa yang tidak suka dengan ketetapan Allah, ia akan mendapat siksa yang pedih.

5- Cobaan dan musibah dinilai sebagai ujian bagi wali Allah yang beriman.

6- Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan hukumannya di dunia dengan diberikan musibah yang ia tidak suka sehingga ia keluar dari dunia dalam keadaan bersih dari dosa.

7- Jika Allah menghendaki kejelekan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas dosa yang ia perbuat hingga akan ditunaikan pada hari kiamat kelak. Ath Thibiy berkata, “Hamba yang tidak dikehendaki baik, maka kelak dosanya akan dibalas hingga ia datang di akhirat penuh dosa sehingga ia pun akan disiksa karenanya.”  (Lihat Faidhul Qodir, 2: 583, Mirqotul Mafatih, 5: 287, Tuhfatul Ahwadzi, 7: 65)

8- Dalam Tuhfatul Ahwadzi disebutkan, “Hadits di atas adalah dorongan untuk bersikap sabar dalam menghadapi musibah setelah terjadi dan bukan maksudnya untuk meminta musibah datang karena ada larangan meminta semacam ini.”

Jika telah mengetahui faedah-faedah di atas, maka mengapa mesti bersedih? Sabar dan terus bersabar, itu solusinya.

Semoga Allah memberi kita taufik dalam bersabar ketika menghadapi musibah. Wallahul muwaffiq.

@ Mabna 27, kamar 201, Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh-KSA
Renungan di malam hari sebelum tidur, 24 Rabi’ul Awwal 1434 H

Gambar daripada Google Image

0 comments:

Merawat Tumit Pecah-Pecah

Sabtu, Mac 21, 2015 Unknown 0 Comments

Gambar daripada fb : 1 Million Beauty Tips
Sesiapa yang mengalami tumit pecah boleh cuba melakukan seperti di dalam gambar di atas. Selain itu untuk  mengelakkan berlakunya tumit pecah-pecah anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai alas kaki semasa berada di dalam rumah dan memakai pelembab-pelembap semulajadi yang tidak mempunyai sebarang kesan sampingan iaitu aloevera (lidah buaya).

Sapukan saja aloe vera di bahagian tumit atau di mana sahaja bahagian yang kering di tubuh badan kita. Tumbuhan ini mempunyai fungsi melembap yang tahan lama. Maka amalkan penggunaanya secara kerap tanpa perlu risau akan kesan sampingan.


Gambar daripada Google Image

Gambar daripada Google Image

Gambar daripada Google Image
 


0 comments:

Penjagaan Mulut dan Tips Mengelakkan Nafas Berbau

Sabtu, Mac 21, 2015 Unknown 0 Comments


Gambar daripada Google Image

Apa yang dikatakan nafas berbau?

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur. Ia adalah masalah peribadi dan agak memalukan bagi sesetengah orang. Untuk memberitahu kawan rapat mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Seseorang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
  • Mulut :
    • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
    • Kerosakan gigi (karies gigi)
    • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
    • Makanan melekat di celah gigi
    • Gigi palsu yang tidak bersih
    • Bau mulut ketika bangun tidur
    • Mulut kering
    • Tabiat bernafas melalui mulut
       
  • Jenis makanan :
    • Bawang
    • Bawang putih
    • Kopi
    • Tembakau
    • Minuman alkohol
       
  • Keadaan kesihatan :
    • Diabetes
    • Penyakit hati
    • Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
    • Jangkitan di paru-paru
    • Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
  • Penjagaan kesihatan mulut :
    • Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
      • memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
      • bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
    • Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Awasi diet :
    • Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein
    • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat
    • Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula
  • Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol
  • Mendapatkan rawatan untuk penyakit gusi dan gigi
Nafas berbau & bahan kumuran
Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Azillah bt. Mohd Ali
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Dr. Sharol Lail b. Sujak
Dr. Chew Yoke Yuen
Dr. Norrizan bt. Basir
Dr. Doreyat b. Jemun
Penyemak : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Dipetik daripada www.myhealth.gov.my



Gambar daripada Google Image


Artikel ini di dalam bahasa Inggeris dan tidak diterjemah supaya pembaca dapat memahami isinya menurut pandangan penulis.

Telah diketahui banyak petua daripada orang dulu-dulu untuk menghilangkan nafas berbau artikel ini mungkin berkesan bagi sesiapa yang ingin mencubanya.

Sila klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

>>>>>>>> Home Remedies for Bad Breath



Gambar daripada Google Image

0 comments: