Penjagaan Mulut dan Tips Mengelakkan Nafas Berbau
Apa yang dikatakan nafas berbau?
Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan
disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya
nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun
tidur. Ia adalah masalah peribadi dan agak memalukan bagi sesetengah
orang. Untuk memberitahu kawan rapat mengenai nafas berbau adalah satu
langkah yang sukar. Seseorang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi
akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari
masyarakat. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa
doktor pergigian untuk pemeriksaan. Oleh itu, adalah penting untuk anda
memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :-
Mulut :
- Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
- Kerosakan gigi (karies gigi)
- Penyakit gusi (penyakit periodontium)
- Makanan melekat di celah gigi
- Gigi palsu yang tidak bersih
- Bau mulut ketika bangun tidur
- Mulut kering
-
Tabiat bernafas melalui mulut
-
Jenis makanan :
- Bawang
- Bawang putih
- Kopi
- Tembakau
-
Minuman alkohol
-
Keadaan kesihatan :
- Diabetes
- Penyakit hati
- Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
- Jangkitan di paru-paru
- Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :-
Penjagaan kesihatan mulut :
-
Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
- memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
- bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
- Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
-
Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
-
Awasi diet :
- Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat
- Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula
- Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol
- Mendapatkan rawatan untuk penyakit gusi dan gigi
Nafas berbau & bahan kumuran
Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja.
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran
sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda
berbau.Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Azillah bt. Mohd Ali |
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar | ||
Dr. Sharol Lail b. Sujak | ||
Dr. Chew Yoke Yuen | ||
Dr. Norrizan bt. Basir | ||
Dr. Doreyat b. Jemun | ||
Penyemak | : | Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah |
Gambar daripada Google Image |
Artikel ini di dalam bahasa Inggeris dan tidak diterjemah supaya pembaca dapat memahami isinya menurut pandangan penulis.
Telah diketahui banyak petua daripada orang dulu-dulu untuk menghilangkan nafas berbau artikel ini mungkin berkesan bagi sesiapa yang ingin mencubanya.
Sila klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
>>>>>>>> Home Remedies for Bad Breath
Gambar daripada Google Image |
0 comments: