Tips Menjadi Kaya - Bahagian 1
Khamis, Oktober 30, 2014
Unknown
0 Comments
Khamis, Oktober 30, 2014 Unknown 0 Comments
Gambar daripada cahayashakira.blogspot.com |
Pertama sekali ingin disampaikan tips2 ini adalah bagi mereka yg mahu merubah nasib mereka. Adapun bagi mereka yg bersikap negatif terhadap isu ini, anda tidak perlu menyertainya dan pandangan negatif anda juga tidak diperlukan di sini.
Soalan Pertama: Apakah hukum Mahukan Kekayaan Harta dalam Islam?
Yang pasti, Islam tidak pernah mengharamkan ummatnya menjadi Kaya, Hartawan dan Jutawan. So, jangan ada pemikiran2 negatif terhadap kekayaan dan kaitkan seolah itulah ajaran Islam.
Soalan Kedua: Adakah benar Nabi kita Muhammad saw adalah seorang yg miskin dan tidak suka kepada kekayaan?
Tidak benar, Nabi kita saw telah diberi banyak kekayaan harta oleh Allah swt sebagai contoh, Allah telah menetapkan hak Rasulullah saw sebanyak 1/5 namun kerana cintanya beliau kepada ummatnya beliau saw telah menginfaq kesemua haqnya itu kepada ummatnya sepanjang hidupnya.
Dalam peperangan Badar, apabila Rasulullah saw merayu utk dapatkan sumbangan bagi kelengkapan ketenteraan menentang bala tentera kaum musyrikin yg berlipat ganda, hampir tiada sahabat yg dapat memberi sumbangan. Berbeza keadaanya pada tahun2 sesudahnya, ramai dikalangan sahabat dapat memberikan sumbangan dalam jihad2 yg berlaku ketika itu.
Abu Bakar, Uthman bin Affan, Abdur Rahman Bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah ridhuanullahu anhum adalah antara sahabat Nabi saw yg sangat kaya. Jadi, menjadi kaya bukanlah SUATU DOSA bahkan antara aspek positif menjadi kaya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kuasa melabur saham akhirat yg lebih besar.
Kesimpulannya, orang yang mahukan kekayaan terlebih dahulu mesti mempunyai minda positif terhadap kekayaan. Yg pasti dan pasti, orang yg mempunyai minda negatif terhadap kekayaan tidak akan menjadi kaya.
Soalan Kedua: Adakah Kekayaan dan Kemiskinan merupakan Taqdir Allah dan manusia dikehendaki hanya menerima sahaja ketetapan tersebut?
....akan bersambung...
Your Life Is Your Choice
Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com
0 comments: