Tips Menjadi Kaya - Bahagian 2

Sabtu, November 01, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada http://muhtarsuhaili.wordpress.com
Sebelum menjawab persoalan sama ada Kemiskinan dan Kekayaan adalah takdir atau tidak sila renungkan terlebih dahulu beberapa dalil2 ini.

Holy Quran 2:268
------------------
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Sabda Nabi saw:
" Kemiskinan adalah dekat dengan Kekufuran"

Ada suatu hadits yg shahih Nabi saw mengajar para sahabatnya membaca doa setiap kali habis solat:
اللهم اني اعوذ بك من الكفر و الفقر....

"Ya Allah aku mohon perlindunganmu dari kekufuran dan kemiskinan.."

Kemiskinan dan Kekayaan bukan suatu takdir sebaliknya merupakan pilihan dan usaha. Yg ditentukan oleh takdir adalah rezeki. Maksudnya semua makhluq Allah jadikan sudah disiapkan rezekinya iaitu makanan yg diperlukan utk hidup.

Daripada ayat 268 Al Baqarah, Allah mengatakan kemiskinan adalah apa yg datang dari syaithan, maksudnya syaithan akan menggalakkan manusia agar hidup miskin kerana dengan kemiskinan lebih mudah dan lebih banyak manusia menjadi kufur. Oleh itu Allah tidak suruh kita memilih utk jadi miskin lebih baik, tetapi yg galakkan kita jadi miskin adalah syaitan.

Siapa yg memilih dan 'redha' dengan kemiskinan bererti tidak hidup dengan kehendak Allah tetapi mengikut KEHENDAK SYAITHAN. Rasulullah saw pula mengajar ummatnya agar jadikan doa utk meminta kekayaan dan jauhkan diri dari sifat kemiskinan.

So stop kaitkan kemiskinan dengan Islan seolah2 Islam menggalakkan ummat lebih baik jadi miskin sebaliknya yg suka agar manusia jadi miskin adalah Syaithan.

Tips utk menjadi kaya

1) Doa 
Anda mesti mula utk menjadi kaya dengan berdoa kepada Allah yg Empunya Langit dan Bumi dan Tuhan yg Maha Kaya. Doa utk meminta kekayaan mestilah dilakukan secara konsisten, maksudnya hari2. Yg bagus lepas solat seperti yg diajarkan oleh Nabi saw. Masalah kebanyakan kita adalah kita tidak consistant dalam berdoa. Orang yg tidak consistant meminta sesuatu bererti dia TIDAK SERIOUS. Allah tidak akan kabulkan permintaan orang yg tidak serious.
Apakah perkara2 yg boleh jadi doa?

Jawaban:
Ada 4 perkara yg apabila dilakukan akan menjadi doa :

A) Fikiran
Maksudnya apabila kita mahukan kekayaan kita mesti selalu berfikiran positive terhadap kekayaan. Apabila kita menganggap kekayaan adalah sesuatu yg negatif bererti anda tidak mahu kepada menjadi kaya. Ingat, Allah tidak akan beri apa yg anda TIDAK MAHU.

B) Perkataan
Maksud setiap perkataan kita adalah doa. Orang yg mahu jadi kaya mesti selalu sebut banyak kali yg dia mahu kaya dan nak jadi orang kaya. Kata2 yg anda selalu sebut itu akan menjadi doa yg pasti Allah kabulkan. Ingat janji Allah:ادعوني استجب لكمMintalah kepadaKu niscaya akan aku kabulkan

C) Perasaan
Maksudnya apa yg kita rasakan adalah doa. Orang yg mahu jadi kaya mesti merasakan mahu jadi kaya. Perasaan sentiasa positive terhadap kekayaan dan tidak boleh membenci kekayaan. Benci kaya tak akan jadikan anda kaya kerana perasaan adalah doa anda.

D) Perbuatan
Orang yg mahukan kekayaan mesti selalu melakukan perbuatan2 yg boleh menjadikan dia kaya. Orang yg duduk rumah tidak berusaha TIDAK AKAN JADI KAYA. Apabila anda berusaha dengan melakukan perbuatan2 utk kaya maka pasti anda akan jadi kaya kerana apa yg anda lakukan akan dilihat oleh Allah sebagai kemahuan atau doa anda.
akan bersambung....

Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments: