U.T.I (Urinary Tract Infection) - Kencing Kotor

Isnin, November 17, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada wikipedia - UTI


Masyarakat lebih mengetahui UTI dengan istilah Kencing Kotor , kencing tak lawas dan kencing berdarah. Saluran kencing yang berfungsi mengeluarkan bahan buangan berupa air kencing yang terdiri daripada pelbagai cairan buangan daripada tubuh (urea) mudah dihadapi oleh wanita berbanding lelaki.

Gejala:
>>> Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
>>> Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
>>> Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
>>> Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
>>> Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
>>> Demam dan seram sejuk.
>>> Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang:
>>> Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing , ia merebak dan terus membiak ke buah pinggang.

>>> Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

>>> Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor. 

>>> Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.Memasukkan pad tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pencegahan :
>>> Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih. 

>>> Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

>>> Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

>>> Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

>>> Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

>>> Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

>>> Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

>>> Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

>>> Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

>>> Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

>>> Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan. 

>>> Kurangkan minuman manis dan berkafein. 



Bacaan Tambahan :

0 comments: