Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 3

Khamis, November 20, 2014 Unknown 0 Comments

PENGETAHUAN TENTANG ROH

 Istilah vital force bukan saja menjadi rahsia di kalangan ahli homeopati. Di dalam ilmu perubatan lainpun, konsep yang melihat sakit dan sihat itu dari sudut keseimbangan vital force atau tenaga hayat ataupun roh memang ada. Tetapi sebagai orang yang terdidik dengan ilmu agama, Dr. Burhanuddin menyebutkan bahawa pengetahuan tentang roh itu telah dijelaskan oleh al-Qur'an iaitu:

    “.... dan mereka bertanya kepada engkau perihal roh, katakan sahaja roh itu urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit sahaja. (al-Isra'a: ayat 85)”

    Beliau menyimpulkan:

    “Ternyata dua perkara daripada pertunjukan ayat yang pendek ini, (1) roh dan jiwa itu urusan Tuhan (2) ilmu roh sedikit sahaja dikurniakan kepada makhluknya dan sedikit pula makhluknya yang tahu.... jika dapat mesti disimpan betul-betul dalam peti dan rumah yang selamat.... Yang demikian ahli yang mendapat kurnia ilmu roh itulah yang mendapat memelihara hidup yang sihat dan bernilai dan merekalah yang nampak atau mengetahui rahsia ramuan atma jiwa itu.[Bagaimana Menjaga Kesihatan & Mengekalkan Muda]

SIMILIMUM DALAM HADIS

  
Daripada intisari tulisan Dr. Burhanuddin di dalam bukunya Falsafah Perubatan Homeopati, beliau menyatakan:

    "Sebuah hadis yang masyhur diriwayatkan 'Bila lalat jatuh ke dalam bijana kamu, hendaklah kamu benamkan kerana pada salah satu sayapnya racun dan lagi satu penawar'. Maksud hadis ini secara tersirat menurut fahaman saya adalah sangat bertepatan dengan bahas undang-undang seraksi atau similimum itu. Maka pendapat homeopati oleh Hahnemann ini sebagai pembaharuan dan penjelasan yang tegas pada menyatakan undang-undang yang tidak pernah dite­gaskan oleh sebarang orang dengan terang sebelumnya." [FPH]

   Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud sebagaimana yang dipetik oleh Dr. Burhanuddin tersebut jelas sekali tidak membawa maksud 'persamaan' tetapi 'keseru­paan'. Hadis tersebut tidak menyebut sayap yang sama yang membawa kesembuhan, tetapi salah satu sayapnya mengandungi racun (kuman, penyakit) sementara yang lagi satu mengandungi penawar (antidot). Sayap yang kanan dan kiri yang datang daripada lalat yang sama itu sememangnya tepat dikatakan 'serupa'. Itulah konsep "homoeo" (serupa/similar) dalam homeopati dan bukannya konsep "homo" (sama/same) yang disalahfaham.

   Tidak dapat dinafikan bahawa Dr. Burhanuddinlah merupakan orang yang pertama mempertalikan hadis nabi dengan konsep undang-undang seraksi homeopati. Hal tersebut terbawa-bawa oleh para murid yang menerima didikan homeopati daripadanya. Yang demikian, penjelasan mengenai kisah Nabi Ya'qub pun masih menerangkan konsep similimum. Di mana baju gamis (Nabi Yusuf) yang berlumuran darah dengan darah palsu adalah penyebab yang menyebabkan Nabi Ya'qub bersedih dan hilang penglihatannya. Sementara yang menyembuhkan matanya ialah apabila ayahnya mendapat berita gembira setelah mencium dan diletakkan di wajahnya "baju gamis" kepunyaan Nabi Yusuf beberapa tahun kemudian. Baju gamis itu masih membawa konsep 'serupa' bukan konsep 'sama'. 

  
Serupa tapi tak sama- Gambar daripada google image

0 comments: