Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 1
Menjaga kesihatan merupakan satu tuntutan. Kesihatan yang baik membolehkan manusia melakukan pelbagai perkara baik dari segi pekerjaan, amal ibadat, bersenam dan sebagainya.
Entri kali ini berkenaan penjagaan kesihatan dengan menggunakan kaedah rawatan homeopati. Kaedah rawatan alami ini berfungsi sebagai kaedah rawatan alternatif selain daripada kaeadah perubatan yang biasa kita ketahui seperti di klinik dan hospital. Walaupun begitu, kaedah ini mempunyai undang-undang atau disiplin yang perlu dipatuhi untuk menjadikan sesuatu rawatan itu berkesan.
Sumber Gambar daripada Google Image |
TAKRIF HOMEOPATI
Allahyarham Dr. Burhanuddin telah
menyampaikan dengan tepat takrif homeopati secara berulang-ulang. Di antaranya
ialah:
“Homeopati ialah
satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh, iaitu perubatan
yang menggunakan kaedah SERUPA atau mengubat mengikut RAKSI atau mengubati
seseorang sakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Iaitu bila sesuatu
ubat atau racun yang berkhasiat ubat dimakan oleh orang sihat akan membuat
beberapa sakit dan penyakit maka ubat yang demikian itu bolehlah diubatkan atau
menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa dengan khasiat ubat itu.”
"Cogan kata
kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin: Similia-Similibus-Curentur.
Ertinya: 'Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan."
"Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal,
serupa, seiras, seraksi. Pathy dari
perkataan Pathos ertinya sakit atau
penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy
itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan
ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu". [FPH]
Penyampaian Dr.
Burhanuddin seperti yang tertera di dalam nota kuliah beliau membawa pengertian
yang sama dengan terjemahan Inggeris iaitu "similar" atau "like"
bagi Homeo dan "suffering"
dan "disease" bagi Pathos.
Mereka yang kurang
memahami istilah penting ini telah menyimpang dengan menterjemahkan Homeo sebagai "sama" atau
"persamaan". Dengan itu mereka memaknakan Homeopati sebagai sama
penyakit, penderitaan yang sama dan 'Similia
Similibus Curentur' sebagai “Biarlah yang sama disembuhkan oleh yang
sama”.
Kesilapan yang
kelihatan kecil ini telah memberi suatu cerminan yang keliru kepada prinsip
asas falsafah perubatan homeopati iaitu the Law of
Similars yang disalahterjemahkan sebagai hukum atau undang-undang
persamaan. Sedangkan Dr. Burhanuddin mengutarakannya sebagai undang-undang
seraksi.
Di zaman Dr.
Samuel Hahnemann, beberapa orang doktor alopati yang cuba mengkritik beliau
juga tidak faham apa makna homeopati. Mereka telah menerima sindiran yang
memalukan daripada Dr. Hahnemann sendiri. Kini di Malaysia, kita berhadapan
dengan sebahagian pengamal homeopati sendiri yang gagal memahami makna
homeopati sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi mereka menggelar diri
masing-masing sebagai doktor homeopati.
(Sumber : http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD
0 comments: