Tips Menjadi Kaya - Bahagian 5

Selasa, November 18, 2014 Unknown 0 Comments

Kekayaan tidak diberi oleh Allah dengan menjatuhkan duit dari langit. Orang yg mahu berjaya dan kaya terlebih dahulu mesti mempunyai keyakinan dan keimanan yg kuat terhadap Allah swt.Dan juga mempunyai hubungan yg kuat dengan Allah swt melalui amal ibadahnya.

Bagi yg tidak mempunyai segulung ijazah utk menduduki kedudukan berjawatan tinggi, anda tetap boleh menjadi kaya melalui jalan Perniagaan.
Peluang berada dimana2. Setiap masalah boleh diterjemahkan menjadi PELUANG utk berniaga menjana keuntungan.

Wadah yg keempat adalah:
4) Investment atau Pelaburan

Sudah tentu apabila disebut Pelaburan ia merupakan suatu jalan menggandakan duit yg sedia ada dalam simpanan anda dengan cara membeli saham syarikat2 yg telah berjaya. Pelaburan memerlukan Modal, namun seperti Perniagaan, Pelaburan juga memerlukan Ilmu. Tanpa ilmu utk mengenal pasti mana satu pelaburan yg baik kebanyakkan berakhir dengan Gigit Jari.

Namun di luar sana memang banyak para penyangak yg menunggu peluang utk mengaup hasil jerih payah orang lain melalui jalan PENIPUAN dengan 'membuka' lubuk Skim Cepat Kaya. Oleh itu sesiapa yg sememangnya ada duit digalakkan melaburkan duitnya itu 'Menumbuhkannya', to make it Grow. Cari syarikat2 yg memang betul2 terbukti kejayaan dalam meraih keuntungan utk beli sahamnya. Kerana duit yg disimpan akan MEROSOT sama ada melalui perbelanjaan atau paling tidak kerana Susut Nilai, Devaluation.

Maksudnya, duit yg anda simpan selamat 10 tahun tidak akan sama nilainya. Contohnya, 10 tahun lalu dengan duit $10 anda boleh berbelanja pasar utk makan sehari sekeluarga. Tetapi sekarang dengan keadaan Inflasi atau kenaikkan harga barang2, anda memerlukan $30 utk belanja pasar sehari bagi sekeluarga. Nilai $10 dahulu tidak lagi sama dengan nilai duit sekarang. 

Namun Pelaburan juga ada Halal dan Haramnya. Pastikan perniagaan yg dijalankan oleh syarikat yg mahu dilaburkan adalah syarikat yg membuat usaha yg halal. Melaburkan duit melalui jalan Riba adalah antara pelaburan Haram yg mesti dijauhi, segala pendapatannya tidak akan membawa berkat.
Wadah Kelima utk meraih pendapatan adalah Melalui Jalan Meminta2 yg dilakukan oleh segolongan manusia yg PEMALAS!

Sepanjang hidupnya hanyalah membuat 'Usaha' dengan meminta2 dari orang lain. Meraih pendapatan melalui jalan Meminta2 bukanlah suatu jalan yg mulia meskipun TIDAK MUSTAHIL ADA YG BOLEH MENJADI KAYA DENGAN MEMINTA SEDEKAH SEPANJANG HIDUPNYA.

Ini jalan yg tidak direkomen sama sekali kerana ia merupakan jalan Kehinaan.
Inilah antara yg terbanyak di kalangan manusia hari ini, menjana hidup melalui jalan HASIL USAHA ORANG LAIN!

Wadah yg Keenam dari usaha manusia mencari pendapatan adalah melalui jalan PENIPUAN. Menipu orang lain utk mendapatkan hasil. Contohnya kes seorang 'peniaga' Hand Phone di Sim Lim Square menipu para pelanggannya utk meraih keuntungan.

Atau contoh golongan yg membuka lubuk2 Skim Cepat Kaya yg bertujuan menipu orang lain. Akhir zaman ini manusia memang ramai yg menjadi semakin bijak, tidak kurang juga yg BIJAK MENIPU!

ORANG YG MENIPU MEMANG BOLEH KAYA TETAPI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA.

Dalam keenam2 wadah meraih Pendapatan yg telah dikongsikan, anda boleh membuat pilihan, wadah yg mana yg lebih sesuai dengan anda.

Kesimpulannya:
Paling ramai yg telah memilih jalan Pertama iaitu Pekerjaan, namun tidak ramai yg menjadi kaya melalui jalan ini tetapi RAMAI YG TELAH MEMBUAT ORANG LAIN MENJADI KAYA. You work to make your boss rich.


Jalan yg Kedua iaitu Bekerja Sendiri. Selagi anda tidak mempunyai segulung ijazah utk bekerja sendiri sebagai Doctor, Peguam, Engineer dll, jalan ini tidak banyak membantu menjadikan orang Kaya dan Berjaya.

Jalan yg Ketiga adalah jalan TERBAIK utk siapa sahaja tidak kira yg ada kelulusan atau tidak, lelaki atau perempuan dan tidak kira tua atau muda, semua mempunyai peluang yg sama yg luas UTK MENJADI KAYA DAN BERJAYA.

Adapun jalan yg Keempat, tidak semua orang yg dapat melakukannya.Jalan yg Kelima dan Keenam adalah jalan yg buruk YG PASTI TIDAK AKAN BERJAYA. Insya Allah iika anda Like seterusnya, akan dikongsikan pula Halangan yg Menghambat Kejayaan.

Apakah perkara2 yg menyebabkan seseorang itu GAGAL BERJAYA DAN KAYA.
Siapa mahu angkat tangan!
Ingat kemahuan adalah Doa
Doa adalah asas utama utk berjaya dan kaya.

Your Life Is Your Choice
JIKA MENGGERAKKAN JARI SAHAJA ANDA TIDAK MAMPU MASAKAN ANDA MAMPU UTK MENGGERAKAN TUBUH YG LAIN UTK BERJAYA DAN KAYA?
Kekayaan dan Kejayaan tidak akan berlaku TANPA PERGERAKKAN!
Kekayaan dan Kejayaan selalunya berlaku dengan menggerakkan LANGKAH PERTAMA.


Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments: