Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 2
TAFSIRAN
VITAL FORCE
Dalam ilmu perubatan
homeopati, Dr. Burhanuddin merupakan orang paling awal yang menghubungkan konsep
roh dan tenaga hayat (yang diistilahkan oleh Dr. Samuel Hahnemann sebagai ‘vital force’)
di mana dengan adanya roh itulah maka wujudnya kehidupan dan kesihatan.
Katanya:
“Sumber hidup dan
sihat dari roh iaitu tenaga dari dalam diri itu, ahli-ahli perubatan mengenal
dan menamakannya tenaga hayat (vital
force). Ahli-ahli perubatan homeopati mendasarkan kesembuhan itu timbul
dari dalam iaitu dari tenaga hayat, bukan dari luar dan kerana kesembuhan itu
datang dari dalam bukan dari luar, maka penyakit pun datang atau berpunca dari
dalam yang menjadikan orang itu mengidap sakit, dan sakit atau penyakit yang
ada di luar itu sama ada berkuman atau tidak adalah penjelmaan kerja yang rosak
yang tidak sihat dari dalam dan dari punca tidak betulnya kuasa hayat.” [BMK&MM]
Vital force yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann
mungkin kelihatan luas maknanya, tetapi jika diperhatikan para 10 buku Organon of Medicine, sememangnya penjelasan Dr.
Burhanuddin itu tepat. Organon menyatakan: “Tanpa
vital force, organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa,
bertindak dan mempertahankan dirinya. Tanpa vital force, tubuh akan
mati....”
(Sumber :http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD
(Sumber :http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD
Gambar daripada Google Image |
0 comments: