Sutrah (pembatas/ penghadang) Semasa Solat
Gambar daripada Google Image |
Seringkali terjadi apabila solat di masjid pasti akan terjumpa orang yang melewati orang yang sedang solat. Perkara ini telah diberitahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa ianya terlarang. Bagi yang mengetahui pasti tidak akan senang melihatnya. Bagi sebahagian manusia lain mereka tidak kisah untuk melewati orang yang sedang solat, walaupun dengan membongkokkan badan sebagai cara (mungkin menghormati) tetapi itu bukanlah ajaran nabi bagi mereka yang ingin melewati orang yang sedang solat.
Mari kita lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan hal ini.
Hadis 1
“Seandainya orang yang lalu di depan orang yang solat mengetahui
besarnya dosa yang ditanggungnya, nescaya ia akan memilih berhenti
selama 40, itu lebih baik baginya dari lalu di depan orang yang solat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud 40 itu tidak dijelaskan di dalam hadis. Perawi hadis ini tidak
mengetahui apakah yang dimaksudkan adalah 40 hari, 40 bulan, atau 40
tahun. Dalam Musnad Al-Bazzar mengatakan 40 tahun.
Imam Al-Syaukani dalam Nailul Authar membahaskan bahawa yang diertikan dengan 40 itu menggambarkan betapa besarnya dosa. Ini menunjukkan bahawa perintah menggunakan sutrah ini bukan perkara main-main atau suka-suka.
Imam Al-Syaukani dalam Nailul Authar membahaskan bahawa yang diertikan dengan 40 itu menggambarkan betapa besarnya dosa. Ini menunjukkan bahawa perintah menggunakan sutrah ini bukan perkara main-main atau suka-suka.
Hadis 2
Dari Abu Sa’id Al-Khudri, “Apabila seorang di antara kamu solat dengan
memasang sutrah yang membatasinya daripada manusia, lalu ada seseorang
yang ingin lalu di hadapannya, maka hendaklah dia menghalangnya. Bila
dia enggan, bunuhlah dia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ambillah iktibar daripada 2 hadis di atas supaya yang solat merasa aman dan yang melintasi atau melewati tidak mendapatkan dosa melintasi orang yang sedang solat.
Bacaan tambahan :
0 comments: