Oh Mak Kau !


Bismillah...

Alhamdulillah , segala puji hanya bagi Allah yang memiliki jiwa ini dan masih memberi nafas ke hari ini. Ini bukanlah entri Oh Media ! Oh Perfumenista ! atau apa saja jenis Oh ! yang popular di Fb.

Isu kali ini berkaitan dengan kesihatan diri individu. Tetapi apa kaitan dengan tajuk entri, seperti ianya tiada kaitan. Bila disebutkan latah atau melatah pasti kita teringatkan orang-orang tua yang melatah apabila diusik dengan pelbagai cara atau berikan mereka kejutan yang tidak disangka.

Tahukah kita bahawa tindakan melatah adalah satu daripada mental simulation, iaitu kebolehan atau tindakan yang telah disimpan di memori (otak) kepada otot-otot bahagian badan untuk mengambil bahagian kepada tindakan spesifik tertentu.

Dengan bahasa mudahnya, otot yang bertindak balas seperti yang telah disetkan oleh minda kita. Begitulah yang berlaku kepada mereka yang melatah ini. Antara faktor penyebab kepada tindakan ini adalah keadaan persekitaran. Lingkungan mereka yang melatah ini telah menyebabkan seseorang yang tidak melatah boleh jadi melatah kerana keadaan persekitaran yang mempengaruhi mereka.

Keadaan ini boleh disembuhkan dengan mengeluarkan mereka daripada persekitaran negatif ini untuk mengekang gejala ini menjadi lebih teruk. Bayangkan sekiranya seseorang yang melatah dan menyebut perkara lucah tanpa henti. Adakah ini sihat? Kaum kerabat pasti tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya terjadi di kawasan terbuka yang terdiri daripada bukan kalangan saudara mara yang tidak mengerti ? Fikir-fikirkan.

Pendapat saya, ini bukannya penyakit tetapi perbuatan yang telah kita setkan sebagai tindakan tidak langsung kita yang dibantu oleh tindakan tertentu. Jadi hapuskan puncanya maka keadaan ini pasti hilang daripada diri individu.


Sumber www.wpt.co.uk


Petua Anti Rasukan/Sihir/Histeria


Bismillah,

Kewujudan Jin, Syaitan dan Makhluk Ghaib tidak dapat disangkal kerana sebagai Manusia Muslim (orang Islam Beriman) keimanan kepada perkara ghaib adalah Rukun Keimanan. Perkara-perkara ghaib ini ada diberitakan di dalam Al Quran.

Disini bukanlah tempat untuk membincangkan tentang perkara ghaib umumnya tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan menangkis serangan ghaib berupa rasukan/histeria/sihir/sampuk atau yang seerti dengannya secara khususnya.

Serangan ini boleh saja terjadi kepada sesiapa sahaja, dan di bawah ini beberapa perkongsian yang diambil melalui garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Menemui Dukun/Tok Bomoh/Pawang atau seangkatannya bukanlah satu solusi, tetapi malah menyebabkan manusia terjerumus ke lembah kesyirikan ! AWAS !

Baru-baru ini wujud mekanisme baru untuk merawat Histeria (salah satu daripada serangan Jin -mungkin - tetapi lebih tepat dipanggil gangguan). 


Ketahuilah ini bukan apa yang syariat ajarkan, tiada sebarang rujukan kukuh untuk membenarkan kewujudan kit ini kerana tiada satupun ayat Quran atau Hadis yang menyatakan Jin, Syaitan atau lain-lain takut akan garam, lada hitam atau sebagainya - apatah lagi dengan kit ini ini -  untuk dijadikan penahan gangguan makhluk halus !!

Inilah satu daripada cabang kesyirikan kerana percaya sesuatu itu memberi kesembuhan melebihi kuasa Tuhan (Allah). Menjadikan kuasa lain sebagai penyembuh adalah SYIRIK ! mereka beralasan dengan berikhtiar. Wahai manusia, berikhtiar itu pun ikutlah apa yang telah diajarkan, jangan sampai menggadaikan Aqidah. Permainan Iblis yang licik boleh menjerumuskan sesiapa sahaja tidak kiralah seseorang itu Dekan, Prof., Pensyarah ataupun orang awam. Waspadalah.

SAYA KATAKAN NO TO KIT ANTI HISTERIA. Selain menjatuhkan seseorang ke lembah SYIRIK perkara ini malah memalukan umat Islam kerana terikut-ikut dengan cerita barat yang menentang Vampire or Satan menurut pemahaman orang kafir.


Mari kita telusuri kaedah mudah yang mempunyai garis panduan daripada Agama yang Sahih, bukan agama daripada Prof., Dekan, pensyarah atau ustaz tetapi apa yang diturunkan Allah kepada NabiNya.

____________________________________________________________

A. Membaca ayat Kursi setiap selesai sholat lima waktu sesudah membaca wirid yang disyariatkan setelah salam atau dibaca ketika akan tidur. Karena ayat kursi termasuk ayat yang paling besar nilainya di dalam Al Qur’an. Rasulullah bersabda dalam salah satu hadits shohihnya :

 “Barang siapa yang membaca ayat kursi pada malam hari, Allah senantiasa menjaganya dan setan tidak akan mendekatinya sampai subuh.”

B. Membaca Surat Al Ikhlas, surat Al Falaq, dan Surat An Naas pada setiap selesai sholat lima waktu, dan membaca ketiga surat tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah subuh dan menjelang malam sebelum sholat Maghrib.

C. Membaca dua ayat terakhir surat Al Baqarah ayat 285-286, pada permulaan
malam, sebagaimana sabda Rasulullah ε :
“Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka cukuplah baginya.” 

D. Banyak membaca ta’awwudz dengan menggunakan kalimah Allah yang sempurna untuk memohon perlindungan diri dari kejahatan makhluq-Nya. Hendaklah dibaca pada malam dan siang hari ketika berada di suatu tempat, ketika masuk dalam suatu bangunan, ketika berada di tengah padang pasir, di udara atau di laut .

 E. Membaca do’a di bawah ini masing-masing tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam  :

 “Dengan nama Allah, yang tidak ada yang membahayakan bersama namaNya sesuatupun yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. ( HR Abu Dawuud dan Tirmidzi) .

___________________________________________________________

Penjelasan lanjut dan terperinci sila DOWNLOAD



Berniaga itu 9/10 Dari Sumber Rezeki ?


Gambar daripada http://www.niknasri.com

Ada yang bertanya kepada saya tentang status hadis yang masyhur dalam kalangan Muslimin: Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki. Saya akan huraikan jawapan untuk pertanyaan tersebut seperti berikut:

1. Hadis tersebut datang dengan lafaz:

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

- Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352)

- Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)

Komentar terhadap hadis:

- Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77)

- Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi'in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461)

- Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi  (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461) menyatakan beliau adalah tabi'in.  Pandangan inilah yang disokong oleh Ibn Hajar. (rujuk: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, Hal. 510)

- Kesimpulan: Hadis ini daif kerana mursal (sanadnya terputus)

Hadis ini juga diriwayatkan dari jalur Yahya bin Jabir al-Taii riwayat Said bin Mansur dalam sunannya seperti yang disebut oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-Jami' dan ia juga daif disebabkan mursal (sanadnya terputus). (Rujuk: al-Suyuti, al-Jami' al-Saghir, jld. 14, hal. 55)

2. Terdapat juga hadis lain dengan makna yang lebih kurang sama dengan hadis di atas:

- يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة فإن الرزق عشرون بابا تسعة عشر منها للتاجر وباب واحد منها للصانع وما أملق تاجر صدوق إلا فاجر حلاف مهين

Maksudnya: Wahai sekalian Quraisy, jangan biarkan bangsa asing menguasai perniagaan, sesungguhnya rezeki itu mempunyai 20 pintu, 19 daripadanya adalah daripada perniagaan dan satu pintu (rezeki) lagi daripada pembuat (manufacturer). Sekali-kali peniaga yang bercakap benar tidak akan menjadi miskin kecuali jika dia jahat (penipu) selalu bersumpah dan hina.

Hadis ini riwayat Ibn al-Najjar (rujuk: kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60) dan al-Dailami (rujuk: al-Firdaus, jld. 5, hal. 287) daripada Ibn Abbas.

Komentar terhadap hadis:

al-Dailami meriwayatkan hadis ini secara ta'liq (tanpa menyebut sanadnya) manakala sanad Ibn Najjar pula terdapat perawi yang bernama Mindal bin Ali dan Imam Ahmad, Yahya ibn Ma'in dan Abu Zur'ah mengatakan bahawa dia lemah (daif). (Rujuk: al-Uqaili, al-Dhu'afa', jld. 4, hal. 266, al-zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 4, hal. 180)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini diriwayat juga dari jalur yang lain:

عمر بن حفص ، نا ابن جريج ، عن عطاء عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة ، فإن البركة في التجارة فصاحبها لا يفتقر (1) ، إلا تاجر حلاف مهين

Riwayat Ibn al-A'rabi dalam mu'jamnya (jld. 3, hal. 232)

- Hadis ini juga daif (lemah) disebabkan umar bin Hafs. al-Baihaqi mendaifkannya. (rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 566)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini juga tidak menyebut tentang bilangan pintu rezeki seperti hadis sebelum ini. Ini bermakna hadis ini tidak boleh menguatkan hadis di atas.

- Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:

 ( الرزق عشرون بابا فتسعة عشر بابا للتاجر وباب للصانع بيده )

Maksudnya: Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat (manufacturer) dengan tangannya.

Hadis ini riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam kitab Islah al-Mal (hal. 73)

Tetapi hadis ini daif jiddan (terlalu lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Juwaibir bin Said dan dia dihukum matruk. (Rujuk: al-zahabi, al-kasyif, jld. 1, hal. 298)


Kesimpulan:
Tidak ada satu riwayat pun sahih@hasan dalam bab ini. Manakala hadis-hadis ini juga tidak boleh dinaiktaraf menjadi hasan lighairih kerana sebahagiannya daif jiddan dan sebahagian lainnya pula tidak mempunyai lafaz bilangan pintu rezeki yang dinyatakan. Maka semua riwayat dalam bab ini daif. Wallahua'lam.


Sumber:

Syirik itu Ada Jenisnya



Syirik secara prinsipnya dikategorikan kepada dua bahagian;
1. Syirik besar: Pelakunya terkeluar daripada Islam, kekal dalam Neraka jika tidak bertaubat (Baca bhg. 1 untuk melihat bentuk-bentuknya).
2. Syirik kecil: Secara prinsipnya tidak menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam, tetapi boleh membawa kepada Syirik besar.

Syirik kecil terbahagi kepada dua jenis;
1. Syirik kecil yang zahir. 
Ia boleh terjadi dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan. Contoh syirik kecil yang dilakukan melalui perkataan, di mana kata-katanya itu syirik, tetapi tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam. Ia banyak berlaku dalam masyarakat kita. Contohnya dalam sebuah hadis,

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم: ما شاء الله وشئت، فقال: ((أجعلتني لله نداً؟ ما شاء الله وحده))
Daripada Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa seorang sahabat berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Apa yang Allah kehendaki dan engkau kehendaki.” Maka Nabi berkata, “Adakah engkau jadikan aku tandingan Allah? (Katakanlah) Apa yang Allah kehendaki sahaja”. (Sahih. Riwayat Ahmad, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Al-Nasai dalam Sunan Al-Kubra)

Kata-kata itu syirik, “Apa yang Allah kehendaki dan engkau kehendaki”. Seolah-olah dia mengatakan Rasulullah ada kuasa dalam mentadbir, sedangkan bukan itu yang dimaksudkan. Tetapi kata-kata itu membawa unsur syirik. Oleh kerana itu Rasulullah memarahi dan membetulkan.

Perkataan-perkataan syirik yang biasa saya lihat di kalangan masyarakat kita, contoh: “Demi bangsa, negara, dan agama”, “Untuk rakyat”. “Saya bekerja untuk rakyat”.

Itu syirik. Kita beramal untuk siapa? Syarat yang paling penting dalam kita beramal adalah IKHLAS. Demi siapa kita beramal? Kita beramal untuk Allah.

Saya angkat satu kotoran di atas jalan, saya angkat sampah, saya melakukan kerana Allah, baru dapat pahala. Tetapi kalau saya angkat sampah semata-mata kerana “demi engkau wahai kekasihku”, kata-kata itu syirik. Ini yang dimaksudkan syirik kecil.

Contoh syirik kecil dalam bentuk perbuatan; memakai gelang/tangkal. Macam baru-baru ini di Lahad Datu, semua penyamun-penyamun pengganas-pengganas penuh tangkal di badan mereka kerana hendak kebal. Ini syirik dari segi perbuatan. Tidak semestinya jatuh syirik (keluar dari Islam) tetapi ia adalah pintu kepada syirik yang besar (Syirik Akbar).

Sekiranya kata-kata atau perbuatan itu dituruti dengan kepercayaan , maka pelakunya jatuh syirik (syirik besar yang pelakunya keluar dari Islam kerana meletakkan kepercayaan dan pergantungan kepada selain Allah –pen.)

Contohnya kadang-kadang masyarakat kita menampal ayat Kursi dalam kereta, atas pintu rumah diletak Qul huwallahu ahad, di kedai-kedai, restoran-restoran, digantung nombor-nombor tertentu, dia meletak, menampal itu adalah syirik kecil dalam bentuk perbuatan.

Tetapi kalau dia sudah percaya ada kuasa pada sticker itu, pada nombor itu (dapat menghalang mudarat atau mendatangkan manfaat) maka dia jatuh syirik.

Perbuatan itu syirik kecil, tidak semestinya keluar dari Islam, tetapi kalau sudah ada kepercayaan maka jatuh syirik (besar).

2. Syirik kecil yang tersembunyi (Syirik Khafi).
Ia lebih kepada niat/keinginan. Niat yang dimaksudkan adalah riyak (mahu dilihat oleh manusia) atau sum’ah (mahu orang mendengar tentangnya iaitu ingin jadi terkenal/popular).

Dia membuat sesuatu kerana riyak, ini dikategorikan sebagai syirik kecil yang tersembunyi. Tidak semestinya keluar daripada Islam.

Tetapi kalau sudah tidak ada ikhlas, dia buat sesuatu semata-mata kerana selain Allah, misalnya dia solat kerana riyak semata-mata, tidak ada ikhlas (kerana Allah) sama sekali, ini memang sudah jatuh dalam Syirik besar.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
(Disalin dari rakaman Forum Bomoh, Sihir & Tangkal, 28/04/2013)

Sumber :

Benarkah ada Dosa dan Kezaliman Paling Besar ?


Apabila kita melihat keadaan manusia pada hari ini, kita dapati bahawa –masyaAllah- memang manusia sudah mencapai kemajuan dari sudut keduniaan, teknologi, juga kebendaan. Namun dalam masa yang sama, dalam kemajuan kebendaan itu, kita dapati masih ada lagi pemikiran-pemikiran kolot dan ketinggalan zaman yang rosak dan menyimpang di kalangan manusia secara umumnya dan di kalangan Umat Islam secara khasnya; iaitu manusia masih lagi percaya kepada kuasa-kuasa, benda-benda yang secara Syarak dan secara logiknya pun jelas bahawa ianya menyimpang.
 
Kekurangan dan ketinggalan dari segi pemikiran dan kesucian akidah masyarakat Islam yang masih lagi tercemar, rosak dan lemah menunjukkan kepada kita bahawa perlunya usaha diambil untuk dibetulkan dan ditambahkan mana yang kurang, khususnya dalam perkara-perkara akidah, kerana ia menjadi tunjang kepada Agama Islam.

Mereka yang mendakwa bahawa Umat Islam tidak perlu lagi didedahkan atau diajar tentang perkara-perkara Tauhid dan Akidah, mereka yang mendakwa bahawa perkara-perkara ini telah diajar dan telah khatam ketika sekolah rendah, jelas bahawa dakwaan-dakwaan seperti ini adalah salah.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa kita tidak perlu lagi membahaskan tentang perkara Tauhid, sebaliknya kita perlu maju terus membincangkan perkara-perkara yang lebih penting yang melibatkan masalah Umat, contohnya masalah rasuah, penyelewengan, atau masalah politik. Semua ingin membincangkan masalah politik. Tetapi masalah Akidah yang membabitkan Tauhid serta apa yang bercanggah dengannya iaitu Syirik, masyarakat Islam masih lagi ketinggalan.

Buktinya ialah masyarakat Islam masih percaya kepada Bomoh, Sihir, Tangkal, dan seumpamanya.

Seperti mana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhuma berkata,

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي
“Manusia bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepada Baginda tentang keburukan, kerana aku khuwatir ia (keburukan itu) akan menimpaku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapat kita faham daripada apa yang disebutkan oleh Huzaifah bin Al-Yaman ini, walaupun hadisnya di dalam perkara yang lain tetapi pemahaman yang ada pada Huzaifah itu tidak kurang pentingnya; iaitu di samping kita fahami kebaikan-kebaikan, amalan-amalan baik, akidah yang benar, tidak kurang pentingnya kita perlu tahu tentang perkara-perkara yang sebaliknya; akidah-akidah yang rosak, pemahaman-pemahaman yang salah dan menyimpang.

Jadi di samping kita mengetahui apa itu Tauhid, apa itu akidah yang benar, tidak kurang juga kita perlu mengetahui tentang apa itu kesyirikan.

APA ITU SYIRIK?
Dari segi bahasa, Syirik ialah menyekutukan; mengadakan sekutu. Bahkan di dalam bahasa Melayu ada perkataan Syarikat. Syarikat berasal dari perkataan Arab yang sama dengan Syirik, bermaksud bersekutu. Jelas bahawa Syarikat adalah himpunan dua orang atau lebih yang menjadi rakan kongsi dan bersekutu dalam mengusahakan perniagaan mereka.

Jelas di sini penggunaan perkataan Syirik yang bermaksud menyekutukan Allah di dalam perkara-perkara yang membabitkan ketuhanan, sama ada di dalam Rububiyah (penguasaan dan kekuasaan Allah) contohnya mempercayai ada kuasa-kuasa di samping Allah, percaya adanya pentadbir urusan alam ini selain Allah, itu contoh Syirik di dalam Rububiyah.

Syirik dalam Rububiyah ini akan berlanjutan dan terpalit pada Syirik di dalam Uluhiyah, iaitu mengibadahi (menyembah, berdoa kepada) Tuhan lain di samping beribadah kepada Allah, percaya bahawa perlu ditujukan ibadah kepada selain Allah di samping ibadahnya kepada Allah.

Syirik Rububiyah dan Uluhiyah ini berkait rapat bahkan tidak boleh dipisahkan. Kesimpulannya, apabila dikatakan Syirik bererti menyekutukan Allah di dalam Rububiyah dan juga Uluhiyah. Percaya adanya Tuhan-Tuhan atau kuasa-kuasa di samping Allah yang perlu ditujukan kepadanya Ibadah.

CONTOH-CONTOH SYIRIK DALAM IBADAH
1)      DOA
Apabila dikatakan Syirik, kebiasaannya ia berkisar dalam ibadah doa, meminta, menyeru, dan bermunajat. Disekutukan Allah di dalam doa itu. Asal doa itu adalah kepada Allah semata-mata. Tetapi mereka yang Syirik menyeru dan berdoa kepada selain daripada Allah.

2)      MENYEMBELIH
Selain doa adalah perkara-perkara ibadah lain yang sepatutnya ditujukan kepada Allah semata-mata tetapi mereka tujukan kepada selain Allah. Kebiasaannya seperti menyembelih. Sembelih bukanlah urusan dunia semata-mata. Walaupun haiwan itu disembelih untuk dimakan dan untuk kenyang, di mana secara zahirnya ia kelihatan seperti urusan dunia, tetapi hakikatnya sembelih merupakan satu ibadah. Ketika sembelih, ketika dibawakan pisau ke leher haiwan, itu adalah urusan ibadah yang hanya boleh dikhaskan untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kerana itulah kita kena mengucapkan Bismillah. Jika tidak diucapkan Bismillah, sembelihan itu akan menjadi bangkai, tidak boleh dimakan, tidak halal. Ucapan Bismillah yang diucapkan ketika sembelih itu sahaja yang akan menjadikan haiwan itu halal dan boleh dimakan.

3)      BERNAZAR
Dalam bernazar iaitu berazam untuk melakukan sesuatu, di situ juga boleh berlaku kesyirikan, iaitu apabila bernazar untuk melakukan sesuatu kerana selain daripada Allah.

4)      TAKUT, BERHARAP, CINTA YANG MELAMPAU
Begitu juga perasaan takut, berharap dan cinta yang melampau dan melebihi biasa kepada sesama makhluk. Perasaan takut, harap, dan cinta yang biasa tidak ada masalah, contohnya takut kepada harimau. Tetapi jika rasa takut itu melampaui had, ia akan masuk ke dalam kesyirikan, kerana kita hanya boleh takut, berharap dan cinta secara mutlak kepada Allah semata-mata.

SYIRIK DOSA PALING BESAR
Mengenangkan Syirik ini berlawanan sama sekali dengan tunjang agama iaitu Tauhid, maka Syariat Islam mengkategorikan Syirik sebagai dosa yang paling besar. Mengapa ia dikategorikan sebagai dosa yang paling besar?

Pertama:
Orang yang melakukan Syirik telah menyamakan Allah dengan makhluk di dalam perbuatan Syirik yang dilakukannya.

Contohnya, doa sepatutnya hanya ditujukan kepada Allah, tetapi apabila dia berdoa kepada selain Allah, dia telah menyamakan Allah dengan makhluk yang dia doa kepadanya. Dia mempunyai kepercayaan yang sama kepada selain Allah yang dia tujukan doanya tadi. Kerana itu di dalam Surah Luqman ayat ke-13, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya Syirik itu adalah kezaliman yang paling besar” (Surah Luqman: 13) kerana pelakunya telah menyamakan Pencipta dengan makhluk, tidak kira sesiapa pun makhluk itu sedangkan jurang perbezaan antara Allah dan makhluk adalah tidak terhingga.

Apakah yang dimaksudkan dengan zalim?
Kadang-kadang orang keliru juga dengan maksud zalim. Perkataan zalim sudah jadi biasa di lisan dan telinga kita. Kalau kita biasa dengar Syirik itu perkara yang zalim, itu tidak mengapa, malah itu bagus supaya orang sentiasa berusaha untuk memantapkan akidah. Tetapi sebaliknya yang biasa kita dengar hanyalah kerajaan zalim.

Kita kena tahu apa itu kezaliman. Secara umumnya, zalim itu adalah lawan kepada adil. Zalim adalah ‘meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya’. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengatakan bahawa pelaku Syirik telah melakukan kezaliman kerana perbuatan ibadah yang sepatutnya diletakkan dan ditujukan kepada Allah, dia telah meletakkan dan menujukannya kepada selain Allah. Maka di situ kaitan antara Syirik dengan kezaliman sangat jelas.

Kedua:
Syirik dikategorikan sebagai perbuatan dosa yang paling besar kerana Allah telah menyebutkan di dalam Al-Quran bahawa mereka yang melakukan Syirik dan tidak bertaubat daripadanya, nescaya tidak akan diampunkan dosanya itu. Tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesyirikan. Hal ini sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Nisa, ayat yang ke-48,

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa Syirik, dan Dia boleh mengampunkan dosa yang selain daripada itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisaa, 4: 48).

Ini merupakan satu prinsip Ahli Sunnah; Dosa Syirik tidak akan diampunkan, manakala selain dosa Syirik boleh diampunkan oleh Allah bagi siapa yang dikehendaki oleh Allah.

Sebesar-besar dosa mana pun yang dilakukan oleh seorang manusia (selain Syirik), kebarangkalian untuk Allah ampunkan itu ada (walaupun dia tidak bertaubat). Jangan kita kata bahawa dosa seseorang itu tidak akan diampunkan. Sebutkan sahaja apa dosa selain Syirik; Berzina, minum arak, rasuah, bunuh orang, macam-macam dosa yang besar-besar, kesemua itu Allah boleh ampunkan kalau Allah mengkehendakinya, dan kepada siapa yang Allah kehendaki.

Boleh jadi Allah ampunkan si fulan, tetapi bagi si fulan yang lain Allah tidak ampunkan walaupun kedua-duanya melakukan dosa yang sama. Tetapi atas sebab-sebab yang tertentu Allah mengampunkan si fulan dan tidak mengampunkan si fulan. Tetapi kalau dosa Syirik, Allah sama sekali tidak akan mengampunkannya.

Ketiga:
Dosa Syirik dikatakan dosa yang paling besar kerana mengenangkan Allah tidak mengampunkan dosa Syirik, maka lanjutan daripada itu dapat disimpulkan bahawa tempat orang yang melakukan Syirik di Akhirat kelak adalah di dalam Api Neraka, kekal abadi selama-lamanya. Tidak akan mereka keluar daripada Api Neraka. Jangan mimpi hendak keluar kerana ini adalah janji Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti mana firmanNya dalam Surah Al-Ma-idah ayat ke-72,

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
“Sesungguhnya barangsiapa yang menyekutukan Allah, maka Allah pasti mengharamkan ke atasnya Syurga, dan tempat tinggalnya di dalam Api Neraka, dan bagi siapa yang melakukan kezaliman (kesyirikan) tidak ada sesiapa yang dapat membantu (untuk mengeluarkannya dari Neraka).” (Surah Al-Ma-idah, 5: 72)

Keempat:
Syirik itu dikategorikan sebagai dosa yang paling besar kerana Syarak melihat bahawa orang yang melakukan Syirik seperti mana halnya orang Kafir, Musyrikin, atau orang Islam yang murtad tidak kira di mana sama ada di Barat, Timur, Utara dan Selatan, amal pahala mereka terhapus dan terbatal sama sekali. Walaupun sebelum dan selepas itu mereka melakukan kebaikan-kebaikan sebesar gunung.

Disebabkan perbuatan Syirik yang mereka lakukan dan mereka tidak bertaubat daripadanya, akhirnya pahala-pahala yang mereka lakukan itu tidak bernilai sama sekali di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini seperti mana di dalam Surah Al-An’aam ayat ke-88,

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُم مَّاكَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan sekiranya mereka melakukan Syirik nescaya terbatallah apa yang mereka kerjakan (seluruh amal kebaikan).” (Surah Al-An’aam, 6: 88)

Begitu juga dalam Surah Az-Zumar ayat ke-65, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِّنَ الْخَاسِرِينَ
“Sekiranya engkau melakukan Syirik nescaya akan terbatallah amalan engkau dan engkau akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Zumar, 39: 65)

Jadi perbetulkan pemahaman kita, kerana kadang-kadang ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa amalan orang kafir yang baik itu dikira oleh Allah.

Kalau kita lihat, adakah orang-orang kafir ini semuanya jahat-jahat? Tidak. Ada orang-orang kafir yang baik. Tingkah lakunya baik, akhlaknya baik, suka tolong orang, suka bersedekah, menolong anak yatim, mengajar pelbagai jenis ilmu, memberi bantuan kepada orang-orang susah, semua ini dilakukan juga oleh orang kafir. Persoalannya, adakah mereka akan mendapat pahala di sisi Allah?

Percayalah bahawa mereka tidak mempunyai apa juga pahala sama sekali, kerana walaupun mereka melakukan kebaikan-kebaikan itu, tetapi dalam masa yang sama kerana mereka melakukan sebesar-besar dosa iaitu kesyirikan, akhirnya kebaikan di sisi mereka itu tidak bernilai di sisi Allah. Kecuali jika mereka bertaubat (masuk Islam).

Sekiranya mereka bertaubat, Allah sama sekali tidak akan menzalimi mereka, sebaliknya amalan-amalan mereka yang sebelum ini akan dikira sebagai amalan-amalan yang mereka dapat pahala daripadanya. Tetapi jika mereka kufur, begitu juga bagi orang Islam yang murtad –na’uzubillah- maka amalannya sebelum ini, solat, puasa yang dilakukan, semua itu terbatal dan tergugur serta tidak akan bernilai sama sekali di sisi Allah.

(Disalin dari rakaman Forum Bomoh, Sihir & Tangkal, 28/04/2013)

Sumber : 

Ibu Duit Punca Rezeki

 
Bismillah...

Zaman yang serba canggih dan moden ini sepatutnya manusia lebih menunjukkan kematangan dalam berfikir dan membuat keputusan. Malangnya hal yang tidak sepatutnya berlaku dan berlaku dalam kalangan orang yang kononnya mempelajari atau mencari agama.

Kes berkenaan di bawah menunjukkan betapa dangkalnya manusia walaupun pendidikan agama berada disekelilingnya kerana dengan mudah diperdaya oleh golongan berkepentingan. Bukan kanak-kanak itu yang dipersalahkan cuma ibu bapa yang konon ingin menghantar anak pergi mengaji TOLONG PASTIKAN LATAR BELAKANG TEMPAT PENGAJIAN sebelum anak-anak menjadi mangsa kerakusan manusia durjana dan tidak bertanggungjawab.

Sudahlah menggunakan JENAMA AGAMA malah melakukan perkara khurafat dan syirik dengan menjadikan IBU DUIT sebagai punca rezeki.!
______________________________________________________
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
.............................................................................................................................
 
Seremban: Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.

Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.

Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.

“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 7:09 A

Sumber:
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

Seremban: Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.
Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.
Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.
“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 7:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45930#sthash.s9CmHmkj.dpuf

Iya Ubahlah...



Bismillah..

Bila mana manusia tergerak untuk berUBAH pasti ada halangan. Halangan yang boleh mematikan semangat perubahan yang sedang berkobar-kobar saat diperlukan namun longlai sesudah itu.

Pilihan itu di tanganmu wahai manusia, mahu berUBAH kepada apa itu juga pilihanmu. Jangan membungkam seribu bahasa tanpa tindakan lalu, perubahan apa yang boleh kau bawa ? Apa alasanmu untuk tetap berdiam tanpa tindakanmu ?

Dek kerana katanya orang lalu kau diam? Dek kerana tidak tahu apa keputusannya lalu kau diam? Dek kerana NANTI-NANTI maka kau diam?

Itu semua boleh mematikan hasrat siapa sahaja bukan sahaja dirimu malah orang sekitarmu. Pastikan dimana kamu ingin bermula dan apa langkah seterusnya dan terus MULAI.

Seribu langkah itu tidak bermula andai langkah yang pertama itu dimulai ! Mana semangat yang dulunya membuak-buak dalam jiwamu? Lalu mengapa kau ingin padamkan? Jangan terpesona dengan keselesaanmu. Jangan lalai dengan tingkahmu. Jangan pernah kau diamkan jiwa besarmu.

NAMUN berubahlah demi kebaikan DIRIMU, KELUARGAMU, MANUSIA di sekelilingmu dan paling penting PILIHLAH BERUBAH DEMI TUHANMU ! Bukan kerana bisnesmu, kerana suamimu, kerana isterimu, bukan siapa-siapa.

Tidak disia-siakan USAHAmu untuk menggapai keredhaan Tuhanmu. Langkah permualaanmu dikira, hasilnya juga dikira, niatkan seikhlas mungkin keredhaannya yang perlu kau gapai, bukan keredhaan manusia. Manusia itu bukan sesiapa untuk kau puaskan hatinya ! 

Mereka-mereka itu tidak boleh beri sebarang mudarat dan keberuntungan untuk jiwamu yang berada dalam genggamanNYA. Lalu jangan pernah takut sesama manusia! Ya Ubahlah. Takutlah akan tuhanmu yang telah memberimu pilihan namun kau menolak untuk memilihnya.

ITU SEMUA ADALAH PILIHANMU !!
PILIHAN ITU MILIKMU !!