Tips Menjadi Kaya - Bahagian 6

Peluang utk menjadi Kaya dan menjana pendapatan yg banyak sangatlah luas terbentang. Namun apa yg menghalang ramai dikalangan masyarakat kita daripada menjadi Kaya, adakah Takdir?

Takdir tidak menghalang seseorang menjadi kaya dan banyak harta sama halnya bukan takdir yg menjadi punca seseorang tidak banyak beramal. Yg menjadi punca PENGHALANG BESAR seseorang tidak menjadi Kaya dan Maju adalah DIRINYA SENDIRI!

Antar faktor yg menghalang seseorang FEAR atau TAKUT. Tahukah anda apa ertinya FEAR?

F-false
E-evidence
A-appearing
R-real


Perkara Palsu yg Muncul seperti Benar. Tanyakan kepada diri anda sendiri mengapa anda TIDAK MAHU BERUSAHA UTK MENJADI KAYA DAN MAJU. Ini jawapan, kerana anda :

Fear of Rejection- Takut nanti kalau anda kaya dan maju ada orang yg akan tinggalkan anda atau anda dipinggirkan


Fear of Changes- anda Takut kepada perubahan kerana fikiran negatif anda

Fear of Failure- anda Takut gagal, nanti gagal orang akan tertawakan anda

Fear of Poverty- anda Takut miskin kerana kalau nak kena keluar belanja atau modal nanti duit anda habis

Fear of Critism-Takut kena kutuk

Fear of Pain-Takut kepada kesakitan atau tidak tahan sakit

Fear of Lost- anda Takut Rugi

Fear of Sucess-anda Takut berjaya, memang ada manusia yg bangang macam ni
Fear of Being Alone- anda Takut utk melakukannya sendiri

Fear of Old Age-anda Takut anda terlalu Tua utk mencapai kejayaan

Fear of Too Young- anda Takut anda terlalu Muda utk menjadi seorang yg berjaya dan kaya

Fear of Death- anda Takut Mati, nanti mati tak bawa harta

Fear of Shame-anda Takut Malu, nanti apa orang kata

FEAR this FEAR that
Takut ini dan Takut itu


Yg anda Berani apa?

Berani utk Gagal!


Berani utk Miskin!



Berani utk Tidak Berusaha!


Berani utk Malas!


Berani utk Bodoh lebih dahsyat yg Berani buat Bodoh!


Antara dua jenis FEAR yg paling dahsyat dalam menghalang kemajuan manusia adalah:

FEAR you are Not Good Enough- anda Takut anda Tak Cukup Bagus

FEAR of Hatred-anda Takut orang lain akan Benci anda kalau anda Maju, Kaya dan Berjaya.

Sudah tentu yg menjadi dalang kepada segala ketakutan ini adalah.......Syaithan! Yg sentiasa mahu menghambat kemajuan manusia daripada kejayaan. Anda telah ikut kehendak dan kemahuan Syaithan! Teruskan dengan beraneka Takut anda tu, Pengecut! Teruskan berada di Takok
Lama


Kajang Pak Malau Kajang Melipat
Kajang Saya Mengkulai Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Musafir Lalu
Alahai!
Tak Kesian Pon.

Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 3

PENGETAHUAN TENTANG ROH

 Istilah vital force bukan saja menjadi rahsia di kalangan ahli homeopati. Di dalam ilmu perubatan lainpun, konsep yang melihat sakit dan sihat itu dari sudut keseimbangan vital force atau tenaga hayat ataupun roh memang ada. Tetapi sebagai orang yang terdidik dengan ilmu agama, Dr. Burhanuddin menyebutkan bahawa pengetahuan tentang roh itu telah dijelaskan oleh al-Qur'an iaitu:

    “.... dan mereka bertanya kepada engkau perihal roh, katakan sahaja roh itu urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit sahaja. (al-Isra'a: ayat 85)”

    Beliau menyimpulkan:

    “Ternyata dua perkara daripada pertunjukan ayat yang pendek ini, (1) roh dan jiwa itu urusan Tuhan (2) ilmu roh sedikit sahaja dikurniakan kepada makhluknya dan sedikit pula makhluknya yang tahu.... jika dapat mesti disimpan betul-betul dalam peti dan rumah yang selamat.... Yang demikian ahli yang mendapat kurnia ilmu roh itulah yang mendapat memelihara hidup yang sihat dan bernilai dan merekalah yang nampak atau mengetahui rahsia ramuan atma jiwa itu.[Bagaimana Menjaga Kesihatan & Mengekalkan Muda]

SIMILIMUM DALAM HADIS

  
Daripada intisari tulisan Dr. Burhanuddin di dalam bukunya Falsafah Perubatan Homeopati, beliau menyatakan:

    "Sebuah hadis yang masyhur diriwayatkan 'Bila lalat jatuh ke dalam bijana kamu, hendaklah kamu benamkan kerana pada salah satu sayapnya racun dan lagi satu penawar'. Maksud hadis ini secara tersirat menurut fahaman saya adalah sangat bertepatan dengan bahas undang-undang seraksi atau similimum itu. Maka pendapat homeopati oleh Hahnemann ini sebagai pembaharuan dan penjelasan yang tegas pada menyatakan undang-undang yang tidak pernah dite­gaskan oleh sebarang orang dengan terang sebelumnya." [FPH]

   Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud sebagaimana yang dipetik oleh Dr. Burhanuddin tersebut jelas sekali tidak membawa maksud 'persamaan' tetapi 'keseru­paan'. Hadis tersebut tidak menyebut sayap yang sama yang membawa kesembuhan, tetapi salah satu sayapnya mengandungi racun (kuman, penyakit) sementara yang lagi satu mengandungi penawar (antidot). Sayap yang kanan dan kiri yang datang daripada lalat yang sama itu sememangnya tepat dikatakan 'serupa'. Itulah konsep "homoeo" (serupa/similar) dalam homeopati dan bukannya konsep "homo" (sama/same) yang disalahfaham.

   Tidak dapat dinafikan bahawa Dr. Burhanuddinlah merupakan orang yang pertama mempertalikan hadis nabi dengan konsep undang-undang seraksi homeopati. Hal tersebut terbawa-bawa oleh para murid yang menerima didikan homeopati daripadanya. Yang demikian, penjelasan mengenai kisah Nabi Ya'qub pun masih menerangkan konsep similimum. Di mana baju gamis (Nabi Yusuf) yang berlumuran darah dengan darah palsu adalah penyebab yang menyebabkan Nabi Ya'qub bersedih dan hilang penglihatannya. Sementara yang menyembuhkan matanya ialah apabila ayahnya mendapat berita gembira setelah mencium dan diletakkan di wajahnya "baju gamis" kepunyaan Nabi Yusuf beberapa tahun kemudian. Baju gamis itu masih membawa konsep 'serupa' bukan konsep 'sama'. 

  
Serupa tapi tak sama- Gambar daripada google image

Sutrah (pembatas/ penghadang) Semasa Solat



Gambar daripada Google Image

Seringkali terjadi apabila solat di masjid pasti akan terjumpa orang yang melewati orang yang sedang solat. Perkara ini telah diberitahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa ianya terlarang. Bagi yang mengetahui pasti tidak akan senang melihatnya. Bagi sebahagian manusia lain mereka tidak kisah untuk melewati orang yang sedang solat, walaupun dengan membongkokkan badan sebagai cara (mungkin menghormati) tetapi itu bukanlah ajaran nabi bagi mereka yang ingin melewati orang yang sedang solat.

Mari kita lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan hal ini.

Hadis 1

“Seandainya orang yang lalu di depan orang yang solat mengetahui besarnya dosa yang ditanggungnya, nescaya ia akan memilih berhenti selama 40, itu lebih baik baginya dari lalu di depan orang yang solat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)   
    
Maksud 40 itu tidak dijelaskan di dalam hadis. Perawi hadis ini tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan adalah 40 hari, 40 bulan, atau 40 tahun. Dalam Musnad Al-Bazzar mengatakan 40 tahun.

Imam Al-Syaukani dalam Nailul Authar membahaskan bahawa yang diertikan dengan 40 itu menggambarkan betapa besarnya dosa. Ini menunjukkan bahawa perintah menggunakan sutrah ini bukan perkara main-main atau suka-suka.

Hadis 2

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, “Apabila seorang di antara kamu solat dengan memasang sutrah yang membatasinya daripada manusia, lalu ada seseorang yang ingin lalu di hadapannya, maka hendaklah dia menghalangnya. Bila dia enggan, bunuhlah dia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ambillah iktibar daripada 2 hadis di atas supaya yang solat merasa aman dan yang melintasi atau melewati tidak mendapatkan dosa melintasi orang yang sedang solat.

 

 Bacaan tambahan :



Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 2

TAFSIRAN VITAL FORCE

Dalam ilmu perubatan homeopati, Dr. Burhanuddin merupakan orang paling awal yang menghubungkan konsep roh dan tenaga hayat (yang diistilahkan oleh Dr. Samuel Hahnemann sebagai ‘vital force’) di mana dengan adanya roh itulah maka wujudnya kehidupan dan kesihatan. Katanya:    

 “Sumber hidup dan sihat dari roh iaitu tenaga dari dalam diri itu, ahli-ahli perubatan mengenal dan menamakannya tenaga hayat (vital force). Ahli-ahli perubatan homeopati mendasarkan kesembu­han itu timbul dari dalam iaitu dari tenaga hayat, bukan dari luar dan kerana kesembuhan itu datang dari dalam bukan dari luar, maka penyakit pun datang atau berpunca dari dalam yang menjadikan orang itu mengidap sakit, dan sakit atau penyakit yang ada di luar itu sama ada berkuman atau tidak adalah penjelmaan kerja yang rosak yang tidak sihat dari dalam dan dari punca tidak betulnya kuasa hayat. [BMK&MM]     

Vital force yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann mungkin kelihatan luas maknanya, tetapi jika diperhatikan para 10 buku Organon of Medicine, sememangnya penjelasan Dr. Burhanuddin itu tepat. Organon menyatakan: “Tanpa vital force, organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa, bertindak dan mempertahankan diri­nya. Tanpa vital force, tubuh akan mati....

(Sumber :http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD


Gambar daripada Google Image

Permata Buat Isteri



Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku





Berilah - Jangan Takut Miskin








Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah :268)



Tips Menjadi Kaya - Bahagian 5

Kekayaan tidak diberi oleh Allah dengan menjatuhkan duit dari langit. Orang yg mahu berjaya dan kaya terlebih dahulu mesti mempunyai keyakinan dan keimanan yg kuat terhadap Allah swt.Dan juga mempunyai hubungan yg kuat dengan Allah swt melalui amal ibadahnya.

Bagi yg tidak mempunyai segulung ijazah utk menduduki kedudukan berjawatan tinggi, anda tetap boleh menjadi kaya melalui jalan Perniagaan.
Peluang berada dimana2. Setiap masalah boleh diterjemahkan menjadi PELUANG utk berniaga menjana keuntungan.

Wadah yg keempat adalah:
4) Investment atau Pelaburan

Sudah tentu apabila disebut Pelaburan ia merupakan suatu jalan menggandakan duit yg sedia ada dalam simpanan anda dengan cara membeli saham syarikat2 yg telah berjaya. Pelaburan memerlukan Modal, namun seperti Perniagaan, Pelaburan juga memerlukan Ilmu. Tanpa ilmu utk mengenal pasti mana satu pelaburan yg baik kebanyakkan berakhir dengan Gigit Jari.

Namun di luar sana memang banyak para penyangak yg menunggu peluang utk mengaup hasil jerih payah orang lain melalui jalan PENIPUAN dengan 'membuka' lubuk Skim Cepat Kaya. Oleh itu sesiapa yg sememangnya ada duit digalakkan melaburkan duitnya itu 'Menumbuhkannya', to make it Grow. Cari syarikat2 yg memang betul2 terbukti kejayaan dalam meraih keuntungan utk beli sahamnya. Kerana duit yg disimpan akan MEROSOT sama ada melalui perbelanjaan atau paling tidak kerana Susut Nilai, Devaluation.

Maksudnya, duit yg anda simpan selamat 10 tahun tidak akan sama nilainya. Contohnya, 10 tahun lalu dengan duit $10 anda boleh berbelanja pasar utk makan sehari sekeluarga. Tetapi sekarang dengan keadaan Inflasi atau kenaikkan harga barang2, anda memerlukan $30 utk belanja pasar sehari bagi sekeluarga. Nilai $10 dahulu tidak lagi sama dengan nilai duit sekarang. 

Namun Pelaburan juga ada Halal dan Haramnya. Pastikan perniagaan yg dijalankan oleh syarikat yg mahu dilaburkan adalah syarikat yg membuat usaha yg halal. Melaburkan duit melalui jalan Riba adalah antara pelaburan Haram yg mesti dijauhi, segala pendapatannya tidak akan membawa berkat.
Wadah Kelima utk meraih pendapatan adalah Melalui Jalan Meminta2 yg dilakukan oleh segolongan manusia yg PEMALAS!

Sepanjang hidupnya hanyalah membuat 'Usaha' dengan meminta2 dari orang lain. Meraih pendapatan melalui jalan Meminta2 bukanlah suatu jalan yg mulia meskipun TIDAK MUSTAHIL ADA YG BOLEH MENJADI KAYA DENGAN MEMINTA SEDEKAH SEPANJANG HIDUPNYA.

Ini jalan yg tidak direkomen sama sekali kerana ia merupakan jalan Kehinaan.
Inilah antara yg terbanyak di kalangan manusia hari ini, menjana hidup melalui jalan HASIL USAHA ORANG LAIN!

Wadah yg Keenam dari usaha manusia mencari pendapatan adalah melalui jalan PENIPUAN. Menipu orang lain utk mendapatkan hasil. Contohnya kes seorang 'peniaga' Hand Phone di Sim Lim Square menipu para pelanggannya utk meraih keuntungan.

Atau contoh golongan yg membuka lubuk2 Skim Cepat Kaya yg bertujuan menipu orang lain. Akhir zaman ini manusia memang ramai yg menjadi semakin bijak, tidak kurang juga yg BIJAK MENIPU!

ORANG YG MENIPU MEMANG BOLEH KAYA TETAPI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA.

Dalam keenam2 wadah meraih Pendapatan yg telah dikongsikan, anda boleh membuat pilihan, wadah yg mana yg lebih sesuai dengan anda.

Kesimpulannya:
Paling ramai yg telah memilih jalan Pertama iaitu Pekerjaan, namun tidak ramai yg menjadi kaya melalui jalan ini tetapi RAMAI YG TELAH MEMBUAT ORANG LAIN MENJADI KAYA. You work to make your boss rich.


Jalan yg Kedua iaitu Bekerja Sendiri. Selagi anda tidak mempunyai segulung ijazah utk bekerja sendiri sebagai Doctor, Peguam, Engineer dll, jalan ini tidak banyak membantu menjadikan orang Kaya dan Berjaya.

Jalan yg Ketiga adalah jalan TERBAIK utk siapa sahaja tidak kira yg ada kelulusan atau tidak, lelaki atau perempuan dan tidak kira tua atau muda, semua mempunyai peluang yg sama yg luas UTK MENJADI KAYA DAN BERJAYA.

Adapun jalan yg Keempat, tidak semua orang yg dapat melakukannya.Jalan yg Kelima dan Keenam adalah jalan yg buruk YG PASTI TIDAK AKAN BERJAYA. Insya Allah iika anda Like seterusnya, akan dikongsikan pula Halangan yg Menghambat Kejayaan.

Apakah perkara2 yg menyebabkan seseorang itu GAGAL BERJAYA DAN KAYA.
Siapa mahu angkat tangan!
Ingat kemahuan adalah Doa
Doa adalah asas utama utk berjaya dan kaya.

Your Life Is Your Choice
JIKA MENGGERAKKAN JARI SAHAJA ANDA TIDAK MAMPU MASAKAN ANDA MAMPU UTK MENGGERAKAN TUBUH YG LAIN UTK BERJAYA DAN KAYA?
Kekayaan dan Kejayaan tidak akan berlaku TANPA PERGERAKKAN!
Kekayaan dan Kejayaan selalunya berlaku dengan menggerakkan LANGKAH PERTAMA.


Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com