Syirik itu Ada Jenisnya

Selasa, April 28, 2015 Unknown 0 Comments



Syirik secara prinsipnya dikategorikan kepada dua bahagian;
1. Syirik besar: Pelakunya terkeluar daripada Islam, kekal dalam Neraka jika tidak bertaubat (Baca bhg. 1 untuk melihat bentuk-bentuknya).
2. Syirik kecil: Secara prinsipnya tidak menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam, tetapi boleh membawa kepada Syirik besar.

Syirik kecil terbahagi kepada dua jenis;
1. Syirik kecil yang zahir. 
Ia boleh terjadi dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan. Contoh syirik kecil yang dilakukan melalui perkataan, di mana kata-katanya itu syirik, tetapi tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam. Ia banyak berlaku dalam masyarakat kita. Contohnya dalam sebuah hadis,

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم: ما شاء الله وشئت، فقال: ((أجعلتني لله نداً؟ ما شاء الله وحده))
Daripada Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa seorang sahabat berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Apa yang Allah kehendaki dan engkau kehendaki.” Maka Nabi berkata, “Adakah engkau jadikan aku tandingan Allah? (Katakanlah) Apa yang Allah kehendaki sahaja”. (Sahih. Riwayat Ahmad, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Al-Nasai dalam Sunan Al-Kubra)

Kata-kata itu syirik, “Apa yang Allah kehendaki dan engkau kehendaki”. Seolah-olah dia mengatakan Rasulullah ada kuasa dalam mentadbir, sedangkan bukan itu yang dimaksudkan. Tetapi kata-kata itu membawa unsur syirik. Oleh kerana itu Rasulullah memarahi dan membetulkan.

Perkataan-perkataan syirik yang biasa saya lihat di kalangan masyarakat kita, contoh: “Demi bangsa, negara, dan agama”, “Untuk rakyat”. “Saya bekerja untuk rakyat”.

Itu syirik. Kita beramal untuk siapa? Syarat yang paling penting dalam kita beramal adalah IKHLAS. Demi siapa kita beramal? Kita beramal untuk Allah.

Saya angkat satu kotoran di atas jalan, saya angkat sampah, saya melakukan kerana Allah, baru dapat pahala. Tetapi kalau saya angkat sampah semata-mata kerana “demi engkau wahai kekasihku”, kata-kata itu syirik. Ini yang dimaksudkan syirik kecil.

Contoh syirik kecil dalam bentuk perbuatan; memakai gelang/tangkal. Macam baru-baru ini di Lahad Datu, semua penyamun-penyamun pengganas-pengganas penuh tangkal di badan mereka kerana hendak kebal. Ini syirik dari segi perbuatan. Tidak semestinya jatuh syirik (keluar dari Islam) tetapi ia adalah pintu kepada syirik yang besar (Syirik Akbar).

Sekiranya kata-kata atau perbuatan itu dituruti dengan kepercayaan , maka pelakunya jatuh syirik (syirik besar yang pelakunya keluar dari Islam kerana meletakkan kepercayaan dan pergantungan kepada selain Allah –pen.)

Contohnya kadang-kadang masyarakat kita menampal ayat Kursi dalam kereta, atas pintu rumah diletak Qul huwallahu ahad, di kedai-kedai, restoran-restoran, digantung nombor-nombor tertentu, dia meletak, menampal itu adalah syirik kecil dalam bentuk perbuatan.

Tetapi kalau dia sudah percaya ada kuasa pada sticker itu, pada nombor itu (dapat menghalang mudarat atau mendatangkan manfaat) maka dia jatuh syirik.

Perbuatan itu syirik kecil, tidak semestinya keluar dari Islam, tetapi kalau sudah ada kepercayaan maka jatuh syirik (besar).

2. Syirik kecil yang tersembunyi (Syirik Khafi).
Ia lebih kepada niat/keinginan. Niat yang dimaksudkan adalah riyak (mahu dilihat oleh manusia) atau sum’ah (mahu orang mendengar tentangnya iaitu ingin jadi terkenal/popular).

Dia membuat sesuatu kerana riyak, ini dikategorikan sebagai syirik kecil yang tersembunyi. Tidak semestinya keluar daripada Islam.

Tetapi kalau sudah tidak ada ikhlas, dia buat sesuatu semata-mata kerana selain Allah, misalnya dia solat kerana riyak semata-mata, tidak ada ikhlas (kerana Allah) sama sekali, ini memang sudah jatuh dalam Syirik besar.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
(Disalin dari rakaman Forum Bomoh, Sihir & Tangkal, 28/04/2013)

Sumber :

0 comments:

Benarkah ada Dosa dan Kezaliman Paling Besar ?

Sabtu, April 25, 2015 Unknown 0 Comments


Apabila kita melihat keadaan manusia pada hari ini, kita dapati bahawa –masyaAllah- memang manusia sudah mencapai kemajuan dari sudut keduniaan, teknologi, juga kebendaan. Namun dalam masa yang sama, dalam kemajuan kebendaan itu, kita dapati masih ada lagi pemikiran-pemikiran kolot dan ketinggalan zaman yang rosak dan menyimpang di kalangan manusia secara umumnya dan di kalangan Umat Islam secara khasnya; iaitu manusia masih lagi percaya kepada kuasa-kuasa, benda-benda yang secara Syarak dan secara logiknya pun jelas bahawa ianya menyimpang.
 
Kekurangan dan ketinggalan dari segi pemikiran dan kesucian akidah masyarakat Islam yang masih lagi tercemar, rosak dan lemah menunjukkan kepada kita bahawa perlunya usaha diambil untuk dibetulkan dan ditambahkan mana yang kurang, khususnya dalam perkara-perkara akidah, kerana ia menjadi tunjang kepada Agama Islam.

Mereka yang mendakwa bahawa Umat Islam tidak perlu lagi didedahkan atau diajar tentang perkara-perkara Tauhid dan Akidah, mereka yang mendakwa bahawa perkara-perkara ini telah diajar dan telah khatam ketika sekolah rendah, jelas bahawa dakwaan-dakwaan seperti ini adalah salah.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa kita tidak perlu lagi membahaskan tentang perkara Tauhid, sebaliknya kita perlu maju terus membincangkan perkara-perkara yang lebih penting yang melibatkan masalah Umat, contohnya masalah rasuah, penyelewengan, atau masalah politik. Semua ingin membincangkan masalah politik. Tetapi masalah Akidah yang membabitkan Tauhid serta apa yang bercanggah dengannya iaitu Syirik, masyarakat Islam masih lagi ketinggalan.

Buktinya ialah masyarakat Islam masih percaya kepada Bomoh, Sihir, Tangkal, dan seumpamanya.

Seperti mana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhuma berkata,

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي
“Manusia bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepada Baginda tentang keburukan, kerana aku khuwatir ia (keburukan itu) akan menimpaku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapat kita faham daripada apa yang disebutkan oleh Huzaifah bin Al-Yaman ini, walaupun hadisnya di dalam perkara yang lain tetapi pemahaman yang ada pada Huzaifah itu tidak kurang pentingnya; iaitu di samping kita fahami kebaikan-kebaikan, amalan-amalan baik, akidah yang benar, tidak kurang pentingnya kita perlu tahu tentang perkara-perkara yang sebaliknya; akidah-akidah yang rosak, pemahaman-pemahaman yang salah dan menyimpang.

Jadi di samping kita mengetahui apa itu Tauhid, apa itu akidah yang benar, tidak kurang juga kita perlu mengetahui tentang apa itu kesyirikan.

APA ITU SYIRIK?
Dari segi bahasa, Syirik ialah menyekutukan; mengadakan sekutu. Bahkan di dalam bahasa Melayu ada perkataan Syarikat. Syarikat berasal dari perkataan Arab yang sama dengan Syirik, bermaksud bersekutu. Jelas bahawa Syarikat adalah himpunan dua orang atau lebih yang menjadi rakan kongsi dan bersekutu dalam mengusahakan perniagaan mereka.

Jelas di sini penggunaan perkataan Syirik yang bermaksud menyekutukan Allah di dalam perkara-perkara yang membabitkan ketuhanan, sama ada di dalam Rububiyah (penguasaan dan kekuasaan Allah) contohnya mempercayai ada kuasa-kuasa di samping Allah, percaya adanya pentadbir urusan alam ini selain Allah, itu contoh Syirik di dalam Rububiyah.

Syirik dalam Rububiyah ini akan berlanjutan dan terpalit pada Syirik di dalam Uluhiyah, iaitu mengibadahi (menyembah, berdoa kepada) Tuhan lain di samping beribadah kepada Allah, percaya bahawa perlu ditujukan ibadah kepada selain Allah di samping ibadahnya kepada Allah.

Syirik Rububiyah dan Uluhiyah ini berkait rapat bahkan tidak boleh dipisahkan. Kesimpulannya, apabila dikatakan Syirik bererti menyekutukan Allah di dalam Rububiyah dan juga Uluhiyah. Percaya adanya Tuhan-Tuhan atau kuasa-kuasa di samping Allah yang perlu ditujukan kepadanya Ibadah.

CONTOH-CONTOH SYIRIK DALAM IBADAH
1)      DOA
Apabila dikatakan Syirik, kebiasaannya ia berkisar dalam ibadah doa, meminta, menyeru, dan bermunajat. Disekutukan Allah di dalam doa itu. Asal doa itu adalah kepada Allah semata-mata. Tetapi mereka yang Syirik menyeru dan berdoa kepada selain daripada Allah.

2)      MENYEMBELIH
Selain doa adalah perkara-perkara ibadah lain yang sepatutnya ditujukan kepada Allah semata-mata tetapi mereka tujukan kepada selain Allah. Kebiasaannya seperti menyembelih. Sembelih bukanlah urusan dunia semata-mata. Walaupun haiwan itu disembelih untuk dimakan dan untuk kenyang, di mana secara zahirnya ia kelihatan seperti urusan dunia, tetapi hakikatnya sembelih merupakan satu ibadah. Ketika sembelih, ketika dibawakan pisau ke leher haiwan, itu adalah urusan ibadah yang hanya boleh dikhaskan untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kerana itulah kita kena mengucapkan Bismillah. Jika tidak diucapkan Bismillah, sembelihan itu akan menjadi bangkai, tidak boleh dimakan, tidak halal. Ucapan Bismillah yang diucapkan ketika sembelih itu sahaja yang akan menjadikan haiwan itu halal dan boleh dimakan.

3)      BERNAZAR
Dalam bernazar iaitu berazam untuk melakukan sesuatu, di situ juga boleh berlaku kesyirikan, iaitu apabila bernazar untuk melakukan sesuatu kerana selain daripada Allah.

4)      TAKUT, BERHARAP, CINTA YANG MELAMPAU
Begitu juga perasaan takut, berharap dan cinta yang melampau dan melebihi biasa kepada sesama makhluk. Perasaan takut, harap, dan cinta yang biasa tidak ada masalah, contohnya takut kepada harimau. Tetapi jika rasa takut itu melampaui had, ia akan masuk ke dalam kesyirikan, kerana kita hanya boleh takut, berharap dan cinta secara mutlak kepada Allah semata-mata.

SYIRIK DOSA PALING BESAR
Mengenangkan Syirik ini berlawanan sama sekali dengan tunjang agama iaitu Tauhid, maka Syariat Islam mengkategorikan Syirik sebagai dosa yang paling besar. Mengapa ia dikategorikan sebagai dosa yang paling besar?

Pertama:
Orang yang melakukan Syirik telah menyamakan Allah dengan makhluk di dalam perbuatan Syirik yang dilakukannya.

Contohnya, doa sepatutnya hanya ditujukan kepada Allah, tetapi apabila dia berdoa kepada selain Allah, dia telah menyamakan Allah dengan makhluk yang dia doa kepadanya. Dia mempunyai kepercayaan yang sama kepada selain Allah yang dia tujukan doanya tadi. Kerana itu di dalam Surah Luqman ayat ke-13, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya Syirik itu adalah kezaliman yang paling besar” (Surah Luqman: 13) kerana pelakunya telah menyamakan Pencipta dengan makhluk, tidak kira sesiapa pun makhluk itu sedangkan jurang perbezaan antara Allah dan makhluk adalah tidak terhingga.

Apakah yang dimaksudkan dengan zalim?
Kadang-kadang orang keliru juga dengan maksud zalim. Perkataan zalim sudah jadi biasa di lisan dan telinga kita. Kalau kita biasa dengar Syirik itu perkara yang zalim, itu tidak mengapa, malah itu bagus supaya orang sentiasa berusaha untuk memantapkan akidah. Tetapi sebaliknya yang biasa kita dengar hanyalah kerajaan zalim.

Kita kena tahu apa itu kezaliman. Secara umumnya, zalim itu adalah lawan kepada adil. Zalim adalah ‘meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya’. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengatakan bahawa pelaku Syirik telah melakukan kezaliman kerana perbuatan ibadah yang sepatutnya diletakkan dan ditujukan kepada Allah, dia telah meletakkan dan menujukannya kepada selain Allah. Maka di situ kaitan antara Syirik dengan kezaliman sangat jelas.

Kedua:
Syirik dikategorikan sebagai perbuatan dosa yang paling besar kerana Allah telah menyebutkan di dalam Al-Quran bahawa mereka yang melakukan Syirik dan tidak bertaubat daripadanya, nescaya tidak akan diampunkan dosanya itu. Tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesyirikan. Hal ini sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Nisa, ayat yang ke-48,

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa Syirik, dan Dia boleh mengampunkan dosa yang selain daripada itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisaa, 4: 48).

Ini merupakan satu prinsip Ahli Sunnah; Dosa Syirik tidak akan diampunkan, manakala selain dosa Syirik boleh diampunkan oleh Allah bagi siapa yang dikehendaki oleh Allah.

Sebesar-besar dosa mana pun yang dilakukan oleh seorang manusia (selain Syirik), kebarangkalian untuk Allah ampunkan itu ada (walaupun dia tidak bertaubat). Jangan kita kata bahawa dosa seseorang itu tidak akan diampunkan. Sebutkan sahaja apa dosa selain Syirik; Berzina, minum arak, rasuah, bunuh orang, macam-macam dosa yang besar-besar, kesemua itu Allah boleh ampunkan kalau Allah mengkehendakinya, dan kepada siapa yang Allah kehendaki.

Boleh jadi Allah ampunkan si fulan, tetapi bagi si fulan yang lain Allah tidak ampunkan walaupun kedua-duanya melakukan dosa yang sama. Tetapi atas sebab-sebab yang tertentu Allah mengampunkan si fulan dan tidak mengampunkan si fulan. Tetapi kalau dosa Syirik, Allah sama sekali tidak akan mengampunkannya.

Ketiga:
Dosa Syirik dikatakan dosa yang paling besar kerana mengenangkan Allah tidak mengampunkan dosa Syirik, maka lanjutan daripada itu dapat disimpulkan bahawa tempat orang yang melakukan Syirik di Akhirat kelak adalah di dalam Api Neraka, kekal abadi selama-lamanya. Tidak akan mereka keluar daripada Api Neraka. Jangan mimpi hendak keluar kerana ini adalah janji Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti mana firmanNya dalam Surah Al-Ma-idah ayat ke-72,

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
“Sesungguhnya barangsiapa yang menyekutukan Allah, maka Allah pasti mengharamkan ke atasnya Syurga, dan tempat tinggalnya di dalam Api Neraka, dan bagi siapa yang melakukan kezaliman (kesyirikan) tidak ada sesiapa yang dapat membantu (untuk mengeluarkannya dari Neraka).” (Surah Al-Ma-idah, 5: 72)

Keempat:
Syirik itu dikategorikan sebagai dosa yang paling besar kerana Syarak melihat bahawa orang yang melakukan Syirik seperti mana halnya orang Kafir, Musyrikin, atau orang Islam yang murtad tidak kira di mana sama ada di Barat, Timur, Utara dan Selatan, amal pahala mereka terhapus dan terbatal sama sekali. Walaupun sebelum dan selepas itu mereka melakukan kebaikan-kebaikan sebesar gunung.

Disebabkan perbuatan Syirik yang mereka lakukan dan mereka tidak bertaubat daripadanya, akhirnya pahala-pahala yang mereka lakukan itu tidak bernilai sama sekali di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini seperti mana di dalam Surah Al-An’aam ayat ke-88,

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُم مَّاكَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan sekiranya mereka melakukan Syirik nescaya terbatallah apa yang mereka kerjakan (seluruh amal kebaikan).” (Surah Al-An’aam, 6: 88)

Begitu juga dalam Surah Az-Zumar ayat ke-65, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِّنَ الْخَاسِرِينَ
“Sekiranya engkau melakukan Syirik nescaya akan terbatallah amalan engkau dan engkau akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Zumar, 39: 65)

Jadi perbetulkan pemahaman kita, kerana kadang-kadang ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa amalan orang kafir yang baik itu dikira oleh Allah.

Kalau kita lihat, adakah orang-orang kafir ini semuanya jahat-jahat? Tidak. Ada orang-orang kafir yang baik. Tingkah lakunya baik, akhlaknya baik, suka tolong orang, suka bersedekah, menolong anak yatim, mengajar pelbagai jenis ilmu, memberi bantuan kepada orang-orang susah, semua ini dilakukan juga oleh orang kafir. Persoalannya, adakah mereka akan mendapat pahala di sisi Allah?

Percayalah bahawa mereka tidak mempunyai apa juga pahala sama sekali, kerana walaupun mereka melakukan kebaikan-kebaikan itu, tetapi dalam masa yang sama kerana mereka melakukan sebesar-besar dosa iaitu kesyirikan, akhirnya kebaikan di sisi mereka itu tidak bernilai di sisi Allah. Kecuali jika mereka bertaubat (masuk Islam).

Sekiranya mereka bertaubat, Allah sama sekali tidak akan menzalimi mereka, sebaliknya amalan-amalan mereka yang sebelum ini akan dikira sebagai amalan-amalan yang mereka dapat pahala daripadanya. Tetapi jika mereka kufur, begitu juga bagi orang Islam yang murtad –na’uzubillah- maka amalannya sebelum ini, solat, puasa yang dilakukan, semua itu terbatal dan tergugur serta tidak akan bernilai sama sekali di sisi Allah.

(Disalin dari rakaman Forum Bomoh, Sihir & Tangkal, 28/04/2013)

Sumber : 

0 comments:

Ibu Duit Punca Rezeki

Jumaat, April 24, 2015 Unknown 0 Comments

 
Bismillah...

Zaman yang serba canggih dan moden ini sepatutnya manusia lebih menunjukkan kematangan dalam berfikir dan membuat keputusan. Malangnya hal yang tidak sepatutnya berlaku dan berlaku dalam kalangan orang yang kononnya mempelajari atau mencari agama.

Kes berkenaan di bawah menunjukkan betapa dangkalnya manusia walaupun pendidikan agama berada disekelilingnya kerana dengan mudah diperdaya oleh golongan berkepentingan. Bukan kanak-kanak itu yang dipersalahkan cuma ibu bapa yang konon ingin menghantar anak pergi mengaji TOLONG PASTIKAN LATAR BELAKANG TEMPAT PENGAJIAN sebelum anak-anak menjadi mangsa kerakusan manusia durjana dan tidak bertanggungjawab.

Sudahlah menggunakan JENAMA AGAMA malah melakukan perkara khurafat dan syirik dengan menjadikan IBU DUIT sebagai punca rezeki.!
______________________________________________________
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
.............................................................................................................................
 
Seremban: Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.

Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.

Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.

“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 7:09 A

Sumber:
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

Seremban: Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.
Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.
Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.
“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 7:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45930#sthash.s9CmHmkj.dpuf

0 comments:

Iya Ubahlah...

Khamis, April 23, 2015 Unknown 0 Comments



Bismillah..

Bila mana manusia tergerak untuk berUBAH pasti ada halangan. Halangan yang boleh mematikan semangat perubahan yang sedang berkobar-kobar saat diperlukan namun longlai sesudah itu.

Pilihan itu di tanganmu wahai manusia, mahu berUBAH kepada apa itu juga pilihanmu. Jangan membungkam seribu bahasa tanpa tindakan lalu, perubahan apa yang boleh kau bawa ? Apa alasanmu untuk tetap berdiam tanpa tindakanmu ?

Dek kerana katanya orang lalu kau diam? Dek kerana tidak tahu apa keputusannya lalu kau diam? Dek kerana NANTI-NANTI maka kau diam?

Itu semua boleh mematikan hasrat siapa sahaja bukan sahaja dirimu malah orang sekitarmu. Pastikan dimana kamu ingin bermula dan apa langkah seterusnya dan terus MULAI.

Seribu langkah itu tidak bermula andai langkah yang pertama itu dimulai ! Mana semangat yang dulunya membuak-buak dalam jiwamu? Lalu mengapa kau ingin padamkan? Jangan terpesona dengan keselesaanmu. Jangan lalai dengan tingkahmu. Jangan pernah kau diamkan jiwa besarmu.

NAMUN berubahlah demi kebaikan DIRIMU, KELUARGAMU, MANUSIA di sekelilingmu dan paling penting PILIHLAH BERUBAH DEMI TUHANMU ! Bukan kerana bisnesmu, kerana suamimu, kerana isterimu, bukan siapa-siapa.

Tidak disia-siakan USAHAmu untuk menggapai keredhaan Tuhanmu. Langkah permualaanmu dikira, hasilnya juga dikira, niatkan seikhlas mungkin keredhaannya yang perlu kau gapai, bukan keredhaan manusia. Manusia itu bukan sesiapa untuk kau puaskan hatinya ! 

Mereka-mereka itu tidak boleh beri sebarang mudarat dan keberuntungan untuk jiwamu yang berada dalam genggamanNYA. Lalu jangan pernah takut sesama manusia! Ya Ubahlah. Takutlah akan tuhanmu yang telah memberimu pilihan namun kau menolak untuk memilihnya.

ITU SEMUA ADALAH PILIHANMU !!
PILIHAN ITU MILIKMU !!


0 comments:

Solat dan Kasut

Rabu, April 22, 2015 Unknown 0 Comments


Gambar daripada www.konsultasisyariah.com

Shalat Memakai Sepatu

Kemarin rame ada foto tentara Saudi yang shalat memakai sepatu bot. Sebenarya itu hukumnya bagaimana? Krn banyak juga yang memberi komentar miring, bahkan keras.  
Jawab:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,
Ada seorang tokoh mengatakan,
الناس أعداء ما جَهلوا


"Manusia akan memusuhi sesuatu yang tidak dia kenal."
Kita bisa memahami itu. Orang indonesia menyebutnya, tak kenal maka tak sayang. Karena jiwa itu bisa berinteraksi akrab dengan sesuatu yang telah dia kenal.
Dalam al-Quran Allah menyinggung kebiasaan buruk ini ketika Dia menyebutkan keadaan orang kafir yang membantah nabi mereka.
وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ


“Karena mereka tidak mendapat petunjuk dengannya maka mereka akan berkata: “Ini adalah dusta yang lama.” (al-Ahqaf: 11).
Ketika orang-orang kafir itu mendengar ajakan dan dakwah nabi mereka, mereka menyalahkannya dan menuduhnya sebagai kedustaan. Tentu saja yang bermasalah bukan dakwah nabinya, namun kebodohan orang kafir tentang kebenaran, lantaran mereka tidak mendapatkan petunjuk tentang itu, lalu mereka mengingkarinya.
Sebagai orang beriman, tetu kita tidak ingin seperti mereka. Menjadi makhluk tercela, menyalahkan kebenaran, hanya karena kebodohan kita. Atau jika tidak, anda akan ditertawakan.


Hukum Shalat Menggunakan Sepatu

Shalat menggunakan sepatu atau sandal, adalah sesuatu yang lumrah di zaman NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan terdapat hadis yang secara khusus memerintahkan kita untuk melaksanakan shalat dengan memakai sandal, agar tidak meniru kebiasaan yahudi. Artinya, latar belakang beliau melakukan shalat dengna sandal atau sepatu bukan karena masjid beliau yang beralas tanah. Namun lebih dari itu.
Kita akan simak beberapa hadis  berikut,
Pertama, hadis dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan,
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي حَافِيًا وَمُنْتَعِلًا



"Saya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terkadang shalat dengan tidak beralas kaki dan kadang shalat dengan memakai sandal." (HR. Abu daud 653, Ibnu Majah 1038, dan dinilai Hasan Shahih oleh al-Albani).
Kedua, ketika beliau safar, beliau shalat dengan memakai sepatu.
Sahabat al-Mughirah bin Syu’bah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan, bahwa beliau pernah bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah safar. Ketika NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam berwudhu, akupun menunduk untuk melepaskan sepatu beliau. Namun beliau melarangnya dan mengatakan,
دَعْهُمَا ، فَإِنِّى أَدْخَلْتُهُمَا طَاهِرَتَيْنِ


Biarkan dia, karena saya memakainya dalam kondisi suci.
Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengusapnya. (HR. Bukhari 206 & Muslim 655).
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengingatkan kepada umatnya tentang hal ini. Dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ، فَلْيَلْبَسْ نَعْلَيْهِ، أَوْ لِيَخْلَعْهُمَا بَيْنَ رجليه، ولا يؤذ بهما غيره



“Apabila kalian shalat, hendaknya dia pakai kedua sandalnya atau dia lepas keduanya untuk ditaruh di kedua kakinya. Janganlah dia mengganggu yang lain.” (HR. Ibnu Hibban 2183, Ibnu Khuzaimah 1009 dan sanadnya dinilai shahihkan al-Albani)
Seorang tabiin, Said bin Yazid al-Azdi, beliau pernah bertanya kepada Anas bin Malik,
أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْهِ؟



“Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat dengan menggunakan sandal?”
Jawab Anas: “Ya.” (HR. Bukhari 386, Turmudzi 400, dan yang lainnya).
Bahkan beliau menyebutkan, shalat memakai sandal termasuk sikap tampil beda dengan model ibadahnya yahudi. Dari Syaddad bin Aus, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan,
خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لَا يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ، وَلَا خِفَافِهِمْ



“Bersikaplah yang berbeda dengan orang Yahudi. Sesungguhnya mereka tidak shalat dengan menggunakan sandal maupun sepatu.” (HR. Abu Daud 652 dan dishahihkan al-Albani)
Jika anda menyimak hadis di atas, terlepas dari semua kondisi lingkungan, kira-kira apa yang bisa anda simpulkan mengenai hukum shalat dengan memakai sepatu atau sandal? Haram, makruh, mubah, sunah, atau wajib?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita agar tidak meniru kebiasaan buruk yahudi, yang mereka tidak pernah shalat dengan memakai sandal. Artinya, setidaknya kaum muslimin pernah shalat dengan memakai sandal. Sehingga setidaknya, minimal anda akan menyimpukannya bahwa itu sunah.


Dijamin Suci

Masalah kesucian sandal atau sepatu, ini masalah lain. Karena syarat suci dalam shalat, tidak hanya berlaku pada alas, tapi untuk semua anggota badan orang yang shalat dan semua pakaiannya.
Tentu saja, mereka yang hendak shalat memakai sandal atau sepatu, harus memastikan telah bersih.
Syaikh Abdullah bin humaid mengatakan,
لكن الشرط أن تكون النعال طاهرة ، فإذا كانت النعال فيها نجاسة أو وطئ بها أذى ، فلا ينبغي أن يصلي الإنسان منتعلاً




“Hanya saja ada syaratnya, sandal harus suci. Jika sandalnya ada najisnya atau menginjak kotoran maka tidak selayaknya orang menggunakannya untuk shalat.” (Dinukil dari Fatwa Islam, no. 12033)

Demikian, Allahu a’lam
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com)
Sumber:
http://www.konsultasisyariah.com/shalat-memakai-sepatu


0 comments:

Tips Melebatkan Rambut

Rabu, April 22, 2015 Unknown 1 Comments


Gambar daripada http://www.myhealthtips.in
Kepala Botak ?
Rambut Gugur ?
Rambut Nipis ?

Rawatan kulit kepala untuk menyuburkan rambut boleh dilakukan sendiri di rumah. Sedar atau tidak bahan yang digunakan selalu diguna pakai dalam masakan. Masalah-masalah seperti di atas boleh dibaiki hanya berbekalkan bahan semulajadi ini.

Kita pernah dengar Iklan di TV yang dipromosikan aktor terkenal Jackie Chan bukan? Gambarnya juga tertera di kotak produk tersebut. Keberkesanannya mungkin betul mungkin tidak bergantung kepada mereka yang pernah menggunakannya. Direct effect yang dihidapi juga bergantung kepada ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Lihat gambar di bawah.


Di sini bukanlah entry untuk mempromosikan sebarang produk mengawal keguguran rambut tetapi hanya sekadar perkongsian untuk melebatkan rambut atau kepala yang hampir botak dengan hanya menggunakan bahan masakan di dapur !

Tahukah anda?
Bawang merah kaya dengan sulfur yang apabila jusnya di aplikasikan ke kulit kepala bersama dengan ramuan anti keguguran rambut atau tidak, ianya akan merangsang peredaran darah di kulit kepala. Ianya juga merangsang penghasilan tisu kolagen yang membantu melebatkan rambut. Secara ringkasnya ia membantu  kulit kepala dengan merangsang peredaran darah yang lebih baik dan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang mengalami masalah untuk membantu folikel rambut tumbuh dengan lebat, sihat dan kuat. 

Untuk membolehkan rambut tumbuh dengan lebat dan sihat, hanya jus bawang merah yang diperlukan semasa menggosok secara perlahan ke kulit kepala. Jus bawang yang diperah memang berkesan apabila digunakan secara berkala untuk kesihatan kulit kepala yang optimum. Perlu diketahui, kulit kepala yang sihat akan berhasil melebatkan dan menyihatkan rambut. 

gambar daripada http://www.myhealthtips.in
Penyediaan Jus
Ramuan semulajadi ini yang tidak melibatkan sebarang artificial chemical memang mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan, jadi penggunaan yang kerap akan menampakkan hasil. SABAR itulah yang diperlukan namun hasilnya pasti memuaskan hati berbanding artificial chemical yang hasilnya cepat tapi keputusannya juga tidak seperti dijangkakan (tidak kekal lama).

Paling mudah untuk menyediakan jusnya adalah dengan cara mengisar, atau potong dadu dan tekan untuk mengeluarkan jus. Jus yang telah terhasil tadi anda boleh gunakan dengan menyapu dan meramaskan ke kulit kepala dengan lembut tanpa merosakkan kulit kepala. Bergantung kepada kesesuaian kita. 

Baunya yang agak memeritkan hidung akan membuat kita berapa tidak selesa tapi sesudah membiarkan hampir lima minit cucilah dengan air bersih dan keringkan rambut tanpa menggunakan alat pengering ! Alat pengering rambut hanya akan menambah kerosakan rambut !

Untuk mendapatkan lebih manfaat daripada bahan semulajadi ini gunakan dalam masakan sekerap yang boleh, bukan hanya rambut tetapi tubuh badan atau organ badan kita yang lain juga akan dapat manfaat keseluruhannya.

Semoga berjaya ! Selamat mencuba.

Sumber:


1 comments:

Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari

Isnin, April 20, 2015 Unknown 0 Comments






Mukadimah
Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari

Maka, kami kemukakan di sini pelbagai pandangan dan hujahan berdasarkan nas atau fatwa yang dikemukakan. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita. Amin.

Definisi Zikir
Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati Allah mendorongkan seseorang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

Zikir terbahagi kepada dua samada qalbi (dalam hati) atau lisani (iaitu pada lafaz lidah). Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, zikir yang terbaik adalah yang dilakukan bersama; hati dan lisan. Di antara zikir dengan hati dan zikir dengan lisan, zikir dengan hati adalah lebih baik.

Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil sementara zikir orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba), dan kekejian. Seorang penyair menggambar golongan ini dengan menyatakan:

Definisi Menari
Definisi menari dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.

Hukum Gerakan Dalam Zikir
Sebelum dibincangkan tajuk utama iaitu zikir dalam keadaan menari, suka dinyatakan bahawa zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir. Mereka berdalilkan kepada nas al-Qur’an dan hadith antaranya:

Firman Allah SWT
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)

Al-Maraghi berkata: “Sepanjang menjalani kehidupan, mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT malahan mereka sering mengingati Allah SWT dengan hati yang terang dan menyedari sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya.”

Adapun dari segi hadith Ummu al-Mukminin Aisyah RAnha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Hukum Zikir Dalam Keadaan Menari
Setelah melihat kepada isu yang begitu hangat ini, kami mendapati terdapat dua pandangan dengan masing-masing berhujah. Secara ringkasnya seperti berikut.

Pertama: Haram
Antaranya firman Allah SWT:
Antara hujah golongan ini adalah Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya kecuali sebahagian kecil sahaja di kalangan mereka.


اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ
Maksudnya: "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah..."l
 (Surah al-Zumar: 23)

Ayat ini juga membantah tarian-tarian atas nama ibadah kerana ia telah menjelaskan keadaan orang Mukmin saat mendengar zikir yang disyariatkan. Keadaan orang Mukmin yang mengenal Allah SWT, yang takut kepada hukuman-Nya, ketika mendengarkan firman-Nya, janji dan ancaman-Nya, hati mereka melunak, air mata bertitisan, bergementar kulit, tampak khusyuk dan penuh ketenangan. Bukannya dalam keadaan tarian yang seperti tidak sedarkan diri.

Seterusnya mereka bersandarkan kepada ijma’ ulama’ yang melarang serta menganggap perbuatan tarian seperti itu adalah bid’ah yang ditegah. Antara tokoh yang tegas dengan pendapat ini adalah:
  • Imam Abu Bakar al-Turtusi
  • Imam Taqiyuddin al-Subki
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Imam al-Qurtubi
  • Imam Ibn Kathir
  • Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Hanafi dan lain-lain lagi.

Antara kaedah yang masyhur digunakan ialah:

الأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْحَظَرُ أَوِ التَّوَقُّفُ
Maksudnya: Asal pada ibadat adalah haram atau tawaqquf

Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram. Kaedah ini telah digunakan oleh ramai tokoh ulama’ antaranya :
  • al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari
  • Imam al-Zurqani dalam mensyarahkan kitab al-Muwatta’
  • Imam Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah
  • Imam al-Syaukani dalam Nail al-Authar dan ramai lagi.

Antara tokoh ulama’ terdahulu yang memfatwakan ketidakharusan berzikir dalam keadaan menari ialah:

  • Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi ketika ditanya dalam isu ini beliau menyatakan: “Sesungguhnya pelaku perbuatan ini bersalah, kehormatan dirinya jatuh. Orang-orang yang mengamalkan perbuatan ini secara berterusan kesaksiannya ditolak disisi syara', perkataannya tidak diterima, rentetan daripada ini, tidak diterima periwayatannya dalam hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga kesaksiannya dalam melihat anak bulan Ramadhan, dan tidak diterima berita-berita agama yang dibawa. Manakala keyakinan bahawa dirinya cinta pada Allah, sesungguhnya kecintaan dan ketaatan tersebut mungkin terjadi selain dari amalan ini, dan mungkin dia mempunyai hubungan dan amalan yang baik dengan Allah selain daripada situasi yang disebutkan ini.Sedangkan amalan ini merupakan satu maksiat dan permainan senda gurau, yang dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya, dibenci pula oleh ahli ilmu dan mereka menamakan berbuatan ini sebagai bid’ah dan melarang dari berlakunya. Tidak boleh bertaqarrub dengan Allah dengan melakukan maksiat kepada-Nya, tidak boleh juga ketaatan kepada Allah terjadi dengan melakukan larangan-Nya. Barangsiapa yang menjadikan wasilah kepada Allah dengan maksiat dia patut dipulau dan dijauhkan, dan barangsiapa menjadikan permainan dan persendaan sebagai agama, mereka adalah seperti orang yang berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi, dan orang-orang yang ingin sampai kepada Allah bukan dengan cara Rasulullah SAW dan sunnahnya, maka dia sangat jauh untuk mencapai apa yang diidamkannya". (sebahagian fatwa yang mengutuk penggunaan seruling, tarian dan pendengaran muzik oleh Imam Ibnu Qudamah. Rujuk http://majles.alukah.net/t36981/)
  •  
  • Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam melalui kitabnya Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam 2/349-350 antara lain menyebut: " …Manakala tarian dan tepukan : ianya adalah keringanan (akal) dan kebodohan menyerupai gerakan perempuan, tidak ada yang melakukan demikian itu kecuali orang yang cacat akalnya, atau berpura-pura lagi pembohong, bagaimana dia boleh menari mengikuti dengan irama nyanyian daripada orang yang telah hilang jiwanya, dan telah tiada hatinya! Sedangkan Rasulullah SAW telah pun bersabda : (Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian yang selepasnya). Tidak pernah seorang pun yang boleh diikuti amalan mereka melakukan sebarang perbuatan demikian, sesungguhnya demikian itu hanyalah penguasaan syaitan keatas suatu kaum yang menyangka lenggokan mereka ketika mendengar(nyanyian yang dianggap zikir) adalah bentuk pergantungan dengan Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan apa yang mereka kata, dan menipu dalam apa yang mereka dakwa. Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat dua kelazatan ketika mendengar apa yang didendangkan, Pertama. kelazatan ma'rifah dan keadaan bergantung pada Allah. Kedua, kelazatan suara, lenggokan nada, kata-kata yang tersusun yang membawa kepada kelazatan nafsu yang bukan dari agama dan tiada kaitan dengannya. Tatkala makin besar dua kelazatan ini yang mereka rasa, mereka tersilap dan menyangka bahawa terkumpulnya kelazatan itu berlaku dengan ilmu ma'rifat dan keadaan, akan tetapi tidak begitu, bahkan yang sering berlaku hanyalah kelazatan nafsu semata yang tiada kaitan dengan agama. Sebahagian ulama mengharamkan tepukan tangan, kerana hadis Rasulullah SAW (Sesungguhnya tepukan hanya untuk perempuan) dan Rasulullah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki, begitu juga lelaki yang menyerupai perempuan. Barangsiapa yang merasai kehebatan Allah, dan menyedari kebesarannya, tidak dapat dibayangkan akan timbul dari dirinya tarian dan tepukan, dan tidak timbul tarian dan tepukan kecuali dari orang yang dungu lagi jahil, tidak akan berlaku pada yang berakal dan mulia. Bukti kejahilan pelaku kedua perbuatan ini ialah bahawasanya syari’at tidak mengajarkannya tidak dari Al-Quran, juga tidak dari Al-Sunnah, juga tidak dilakukan walau seorang dari nabi-nabi, dan tidak diendahkan oleh pengikut-pengikut para nabi, bahkan ianya hanya dilakukan oleh golongan jahil lagi bodoh yang terkeliru hakikat sesuatu dengan nafsu mereka. Sesungguhnya Allah telah berfirman: ("…Dan kami telah turunkan padamu sebuah kitab yang menerangkan segala perkara…). Ulama salaf terdahulu telah pergi, begitu juga dengan golongan terhormat dari golongan khalaf kemudian, tiada sebarang perkara yang mengelirukan mereka. Barangsiapa yang melakukan yang demikian, dan yakin bahawa itu merupakan suatu tujuan dirinya, demikian itu bukanlah suatu yang mendekatkan dirinya pada tuhannya, dan sekiranya dia meyakini bahawa demikian itu tidak dilakukan kecuali ingin bertaqarrub dengan Allah, sangat kejinya apa yang telah dilakukan, kerana dia menyangka perbuatan ini sebahagian dari ketaatan, sedangkan ianya hanya suatu bentuk kebodohan"

Kedua: Harus
Mereka berhujahkan kepada umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith antaranya firman Allah SWT:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)

Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menyatakan bahawa sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar RA dan Urwah bin al-Zubair RA serta jamaah daripada sahabat RA, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiqh ayat tersebut.

Firman Allah SWT:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ
Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.”
 (Surah Al-Nisa’: 103)

Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ al-Ahkam menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskan mengikuti masa.

Antara hadith yang digunakan oleh golongan yang mengharuskan adalah

Daripada Aisyah RA berkata:

جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ، حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ
Maksudnya: “Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”
Riwayat Muslim (892)

Daripada Saidina Ali RA berkata:

زرت النبي صلى الله عليه وسلم مع جعفر وزيد بن حارثة ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم لزيد : ( أنت مولاي ) فبدأ زيد يحجل ويقفز على رجل واحدة حول النبي صلى الله عليه وسلم ، ثم قال لجعفر : ( أما أنت فتشبهني في خَلقي وخُلقي ) فحجل جعفر كذلك ، ثم قال لي : ( أنت مني وأنا منك ) فحجل خلف جعفر
Maksudnya: “Aku telah menziarahi Nabi SAW bersama Ja’far dan Zaid bin Harithah. Maka bersabda Nabi SAW kepada Zaid: ‘Awak adalah bekas hambaku.” Zaid kemudiannya merasa amat suka dan menggerakkan badan kerana kegirangan atas sebelah kaki di hadapan Nabi SAW. Kemudian Nabi berkata kepada Ja’afar: ‘Awak pula sama sepertiku dari segi rupa bentuk dan akhlak.’ Maka Ja’far menggerakkan badan kerana kegirangan kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku pula: ‘Awak daripadaku dan aku daripadamu.’. Lantas Saidina Ali menggerakkan badan kerana kegirangan di belakang Ja’far.”
         Riwayat Ahmad (2/213)

Al-Allamah al-Kattani menafsirkan perkataan (حجل) dengan menari dalam keadaan tertentu. Sama seperti pendapat Ibn Hajar al-Asqalani.

Selain itu, diriwayatkan oleh Abu Naim, daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh RH berkata:

كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تعالى تمايلوا يمينا وشـمالا كما يتـمايل الشـجر في يوم الريح العاصف إلى إمام ثم إلى وراء.
Maksudnya: “Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika berzikir bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan kemudian ke belakang.” (al-Tartib al-Idariyah, Abd al-Hayy al-Kattani, 2/134)

Adapun pendapat ulama’ yang mengharuskannya pula antaranya ialah:

  • Al-Allamah Ahmad Zaini Dahlan tatkala disebut hadith dan nas berkenaan dengan Ja’far, mengambil hukum bahawa Rasulullah tidak mengingkari perbuatannya dan atas dasar inilah ia dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi menari ketika merasai keseronokan dalam majlis zikir.
  •  
  • Syeikh 'Attiyyah Saqar dalam kitabnya yang terkenal Fatawa min Ahsanil Kalam menyebut:
  •  
وقد قال المحققون ان الكذر كأية عبادة لا يقبل الا اذا كان خالصا لوجه الله لا رياء فيه ولا سمعة
Sungguh telah berkata oleh segala ulama' Muhaqqiq akan bahawasa zikir itu seperti ayat ibadat, tak diterima melainkan apabila ia ialah bersih semata - mata kerana Zat Allah, tiada jenis riak padanya dan tiada sum'ah.

 وكذلك اذا صحب الذكر أصوات صاخبة أو حركات خاصة تذهب الخشوع كان عبادة ظاهرية جوفاء خالية من الروح ومثل ذلك اذا كانت المجالس تؤذي الغير كالمرضى المحتاجين الى الراحة أو المشتغلين بمذاكرة علم أو عبادة أخرى اهـــ
Demikian itu juga apabila bersama zikir ini suara-suara yang bingit atau gerakan-gerakan yang tertentu yang menghilangkan akan khusyuk nescaya adalah ia ialah ibadat zahir serta sunyi daripada ruh ibadat, dan seumpama demikian itu ialah apabila majlis-majlis ini ialah menyakiti orang lain seperti orang-orang sakit yang mmerlukan rehat atau orang-orang yang sibuk dgn muzakarah ilmu atau ibadat yg lain.
  • Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi menyatakan di dalam Majalah al-Tasawwuf al-Islami:
إذا لم تجد فيه نصاً فالأمر على الإباحة لأن النهى على التحريم افعل ولا تفعل فهو على مطلق الإباحة وإذا كان التمايل صناعيا كان نفاقا وإذا كان التمايل طبيعيا كان وجداً لا سيطرة للإنسان عليه والذكر راحة نفسية وعلى كل حال فالذاكرون وإن تمايلوا فهم خير من الذين يتمايلون فى حانات الرقص
Apabila tak dijumpai satu nas pun pada masalah ini maka perkara ini adalah harus kerana larangan atas mengharamkan itu ialah sighah if'al dan la taf'al, maka ia semata - mata harus, dan apabila condong badan (bergerak) badan dibuat-buat nescaya adalah ia nifaq dan apabila condong tubuh itu dengan semulajadi, maka ia adalah rasa batin, tidak boleh dibuat-buat perasaan tersebut, dan zikir itu ialah kerehatan diri dan pada setiap kelakuan. Maka orang yang berzikir itu sekalipun bergerak badan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang bergerak yakni bergerak - gerak mereka dalam tarian di kedai arak.

Tarjih
Selepas meneliti beberapa hujah dari dua aliran yang mengharamkan dan yang membenarkannya, kami berpendapat:
  1. Pengharaman zikir dalam keadaan menari adalah lebih kuat kerana kaedah yang digunakan amat jelas.
  2. Hadith yang digunakan untuk mengharuskan zikir dalam keadaan menari lebih bersifat menggambarkan berita gembira yang diperolehi daripada Rasulullah SAW, bukannya mereka berzikir semasa itu. Ini adalah dua keadaan yang berbeza.
  3. Begitu juga perlakuan itu adalah hanya beberapa orang sahabat sahaja, bukan keseluruhan dan ia tidak ada kena mengena dengan zikir.
  4. Seterusnya mereka menggunakan perkataan tamayul yang memberi maksud menggoyangkan atau melenggokkan sedikit badan. Ia bukanlah seperti menari.
  5. Kami juga berpendapat, maksud gerakan yang diharuskan itu hanya gerakan yang kecil atau sedikit seperti kepala dihayun ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan sepertimana yang dilakukan oleh seseorang ketika asyik berzikir. Maka, ini tidak menjadi masalah dan dibolehkan.
  6. Hujah yang mengharuskan itu telah dijawab oleh ramai ulama seperti nas-nas yang dikemukakan lebih bersifat umum dan bukan dimaksudkan secara khusus berdasarkan wajah istidlal yang digunakan.
  7. Begitu juga kedudukan hadith seperti hadith Saidina Ali. Terdapat padanya dua illah.
  • Hani’ bin Hani’ dianggap jahalah dari segi halnya tau keadaannya.
  • Tadlis Ibn Ishaq al-Sabi’i.
Justeru hadith ini dianggap lemah oleh kebanyakan ulama’ hadith.
  1. Fatwa Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam dan Ibn Qudamah al-Maqdisi begitu kukuh untuk menjadi penguat dan sandaran pengharaman zikir dalam keadaan menari.
Kenyataan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut.
“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam isu seperti ini, amatlah perlu kita memahami hakikat tasawwuf sebenar dan juga tareqat supaya apa yang kita amalkan benar-benar mengikut yang diredhai Allah SWT.
Syeikh Dahlan al-Qadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin telah menyebut bahawa hukum belajar tasawwuf adalah wajib aini bagi setiap mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib mengislahkan yang zahir, begitu juga wajib mengislahkan yang batin. Benarlah kata Imam Malik

Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq.
Siapa yang mempelajajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq.
Siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia yang sebenarnya tahqiq.

Tatkala kita ingin mendekatkan diri kepada Allah samada melalui ilmu atau penghayatan amalan maka hendaklah ia benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata dan mewasiatkan kepada anaknya: “Terbanglah kamu ketika kamu menuju kepada Allah dengan dua sayap iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul.” Hal ini amat penting kerana sehebat mana manusia sekalipun, jika rujukannya bukan lagi Kitabullah dan Sunnah Rasul maka mudahlah terbelit dengan godaan syaitan.

Justeru, amat wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman dan sebaliknya tanpa ilmu, seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang sebenar. Bacalah kitab-kitab tasawwuf seperti Minhaj al-Abidin oleh Imam al-Ghazali, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain ulama sufi yang muktabar.

Sekali lagi kami tegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali.  Walaubagaimanapun, jika bentuk goyangan sebahagian kepala atau badan dalam keadaan sedar, waras, tidak dibuat-buat, disamping menjaga adab tatasusila dan tidak berlebihan, maka adalah diharuskan.
Kami menjawab persoalan berkaitan tasawwuf ini begitu banyak melalui buku kami, A – Z Tentang Tasawwuf dan juga kitab Ahasin al-Kalim Syarah al-Hikam. Semoga dengan sedikit pencerahan ini menjadikan kita benar-benar memahami akan hakikat Islam yang sebenar untuk kita amali yang akhirnya menuju kepada Allah SWT mengikut yang diredhai-Nya. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang bernaung di bawah kehidupan Islam yang sebenar dan merasai kemanisan dalam hati ketika beramal. Amin.

Penutup
Alhamdulillah, selesailah sudah Bayan Linnas Siri ke-17 berkenaan dengan hukum zikir dalam keadaan menari. Dengan menekuni kedua-dua pendapat dan hujah, alangkah baik kita melandasi bahtera kehidupan kita terutamanya pengamalan ibadat ‘ala basirah dan mengikut hadyun nabawi kerana sudah barang tentu mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Pada saat yang sama juga hendaklah kita melazimi dan membanyakkan zikir sebagaimana galakan Islam itu sendiri melalui nas al-Qur’an dan hadith supaya kita berzikir dengan sebanyak-banyaknya.

Syariat Islam tidak menyebut secara jelas dan terang tentang kebolehan tarian ketika berzikir, baik dalam al-Qur’ann mahupun Hadith. Hal itu juga belum pernah dilakukan oleh mana-mana Rasul dan Nabi pun dan begitu juga mereka yang mengikut jejak langkah Rasulullah di kalangan sahabat. Atas asas inilah alangkah baiknya kita berpada dengan berzikir bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan di kalangan khalayak masyarakat kita ketika ini dengan menjaga adab dan tatasusilanya.

Tarian zikir yang dilakukan oleh sebahagian manusia penuh dengan keadaan yang kurang baik. Sementelahan lagi, ia membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) kepada penganut agama lain atau wanita dan kanak-kanak yang kecil begitu juga mencampur adukkan antara maksiat dan ibadat. Lebih dibimbangi lagi, sudah ada unsur muzik yang dimasukkan sama yang banyak melalaikan hati ketika berzikir.
Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah menunjukkan kita kepada jalan keredhaan-Nya dan selamat daripada sebarang maksiat. Amin.
Akhukum Fillah,

DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD  AL-BAKRI
Muft Wilayah Persekutuan.
19 April 2015 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1436H


Disalin daripada :

0 comments: