|
Gambar daripada affirmyourlife.blogspot.com |
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kekayaan dan kemiskinan adalah pilihan anda. Siapa yg mahukan kekayaan dia mesti mula dengan DOA meminta dari yang Maha Kaya. Doa meminta kekayaan menunjukkan kemahuan dan sejauh mana seriusnya seseorang yg mahukan kekayaan dilihat pula dari kesungguhannya dalam berdoa. Dia mesti berdoa hari2 meminta Allah jadikan dia orang Kaya atau Jutawan.
Tips selanjutnya adalah MATLAMAT.
Orang yg mahukan kekayaan mesti mempunyai Matlamat utk menjadi Kaya. Matlamat akan menentukan cepat lambat dia mendapatkan kekayaan. Ada Empat perkara dalam syarat menentukan Matlamat.
Pertama: What?
Apa kekayaan yg anda kehendaki.
Contoh, Mahu kaya banyak duit atau Mahukan Rumah Besar atau Mahukan Kenderaan dan sebagainya. Seperti yg dijelaskan sebelum ini juga, antara faktor doa adalah FIKIR. Apa yg kita selalu Fikirkan akan menjadi doa dan akhirnya akan dikabulkan. Seorang yg mahu duit banyak mesti tanamkan dalam mindanya kebaikkan BANYAK DUIT.
Jika anda sentiasa fikirkan yg dengan duit anda dapat banyak kebaikkan maka Allah akan berikan apa yg anda selalu fikirkan. Orang yg selalu menanamkan dalam fikirannya duit adalah punca negatif atau berfikiran negatif tentang banyak duit maka dia tidak diberikan banyak duit kerana apa yg difikir itulah yg menjadi doanya.
Kedua: Clarity
Maksudnya apa yg dikehendaki mestilah jelas. Contohnya: Apabila anda mahu banyak duit, anda mesti tentukan sama ada dalam minda anda atau dalam bentuk perkataan BERAPA JUMLAH ANDA MAHUKAN. Misalnya anda mahukan $500,000, jumlah yg anda mahukan ini mesti sentiasa ada dalam minda anda dan sentiasa disebut dalam doa anda.
Apabila anda tidak sebutkan jumlahnya, maka Allah akan berikan kekayaan kepadanya tetapi bukan apa yg kita mahukan. Contoh: seorang yg minta kaya, tatkala dia minta kekayaan itu dia ada $5, tidak lama kemudian duitnya jadi $7. Dalam hal ini, doanya meminta kekayaan sudah dikabulkan Allah kerana dia telah menjadi kaya $2 dari $5.
Ingat, JANGAN SESEKALI RAGU DENGAN KEUPAYAAN ALLAH DALAM MEMBERI. Orang yg tidak yakin atau tidak ada kepercayaan dan keyakinan tidak akan diberi. Ini antara masalah ramai dikalangan kita, kita selalu doubt terhadap keupayaan Allah.
Rasulullah saw mengajarkan kepada kita apabila kita mahukan syurga jangan hanya sebut nak masuk syurga tetapi hendaklah kita sebut dalam doa kita agar Allah memasukkannya ke dalam Jannatul Firdaus, iaini syurga yg paling tinggi.
Orang yg mahukan kekayaan Rumah Besar mesti jelas rumah besar yg macamana, jenis apa, 4 bilik, 5 bilik, Condo, Landed, Bungalow atau apa sahaja yg anda mahukan mesti Clear dalam minda anda kerana Allah tidak akan berikan apa yg anda sendiri tidak pasti apa yg anda mahukan.
Orang yg mahukan kekayaan melalui perniagaan mesti sebut perniagaan yg macamana yg kita mahukan. Misalnya, mahu perniagaannya sukses macam Mustaffa Centre. Maka Allah akan berikan ikut apa yg dia fikirkan dan sebutkan dengan jelas kemahuannya. Begitu juga yg lain2.
What you dream that is what you get.
Saya sendiri minta kepada Allah agar Allah jadikan saya kaya seperti Abdul Rahman Bin Auf, seorang sahabat Nabi yg terkaya, sangat kuat iman dan amalnya dan merupakan 10 sahabat Nabi saw yg dijamin masuk syurga.
Ketiga: When?
Bila dia mahukan kekayaan itu. Ini semua tujuannya agar kita dan bersedia utk menerima pemberian Allah. Antara sebab seseorang tidak mendapatkan apa yg dia minta adalah kerana dirinya TIDAK BERSEDIA ATAU BELUM BERSEDIA utk menerima pemberian Allah. Tanya pada diri anda, jika pangkat dan position yg anda mahukan diberikan Allah pada hari ini, are you ready for it?
Contoh dari perkara ini adalah, kita tanamkan dalam minda kita atau sebutkan bila kita mahukan kekayaan tersebut. Misalnya, kita katakan kita mahukan duit sebanyak $500,000 atau anda mahu menjadi Jutawan atau have your first Million by the year 2016 atau 2 tahun dari sekarang. Atau anda mahu rumah besar 5 rooms by 2017 after you get married.
Keempat: Why?
Inilah antara faktor yg penting yg akan menentukan sama ada kita mendapatkan apa yg kita mahukan cepat atau lambat Rahmat atau Kebinasaan. Anda mesti tentukan tujuan anda mahukan kekayaan tersebut. Apabila tujuannya baik seperti tujuan anda agar anda dapat bantu orang, bawa ibu bapa anda pergi haji, atau mahu belikan rumah utk mrk atau mahu tolong seseorang dari kesusahannya, atau anda mahukan kekayaan kerana mahu senangkan keluarga yg sudah lama hidup menderita atau dengan kekayaan anda dapat belajar luar negeri atau dengan kekayaan anda dapat mampu membayar rawatan utk diri anda atau ibu bapa atau ahli keluarga dan lain2.
Lagi baik tujuan anda lagi cepat anda akan dapatkan apa yg mahukan. Bila anda renungkan kembali semua ini sebenarnya ajaran ini sememangnya telah ada sekian lama dalam ajaran Islam dalam masalah NIAT DALAM IBADAH ATAU SESUATU PERBUATAN.
Apabila kita mahu lakukan sesuatu kita perlu ada niat, niat akan menentukan MATLAMAT KITA. Antara faktor yg penting yg mesti adalah dalam niat solat misalnya, anda mesti tahu solat apa yg anda nak buat, berapa rakaat, qadhak atau Adhak, Jamak, Qasor atau Tam dan akhir sekali apa tujuan anda melakukan ibadah tersebut. Jika dilakukan kerana tujuannya baik kerana Allah maka ibadah itu akan diterima dan anda akan mendapatkan balasan yg baik. Begitulah juga dengan Doa Minta Kekayaan.
Bukan sahaja itu berdoa dengan Matlamat yang jelas, telah lama ada dalam surah Al Fatihah. Bayangkan setiap hari 17 kali anda baca Al Fatihah, jika difahami betul2 disitu ada apa yg kita katakan dalam bab Matlamat ini pastilah anda akan jadi orang kaya, hartawan dan jutawan.
Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com
0 comments: