Tips Menjadi Kaya - Bahagian 6

Jumaat, November 21, 2014 Unknown 0 Comments

Peluang utk menjadi Kaya dan menjana pendapatan yg banyak sangatlah luas terbentang. Namun apa yg menghalang ramai dikalangan masyarakat kita daripada menjadi Kaya, adakah Takdir?

Takdir tidak menghalang seseorang menjadi kaya dan banyak harta sama halnya bukan takdir yg menjadi punca seseorang tidak banyak beramal. Yg menjadi punca PENGHALANG BESAR seseorang tidak menjadi Kaya dan Maju adalah DIRINYA SENDIRI!

Antar faktor yg menghalang seseorang FEAR atau TAKUT. Tahukah anda apa ertinya FEAR?

F-false
E-evidence
A-appearing
R-real


Perkara Palsu yg Muncul seperti Benar. Tanyakan kepada diri anda sendiri mengapa anda TIDAK MAHU BERUSAHA UTK MENJADI KAYA DAN MAJU. Ini jawapan, kerana anda :

Fear of Rejection- Takut nanti kalau anda kaya dan maju ada orang yg akan tinggalkan anda atau anda dipinggirkan


Fear of Changes- anda Takut kepada perubahan kerana fikiran negatif anda

Fear of Failure- anda Takut gagal, nanti gagal orang akan tertawakan anda

Fear of Poverty- anda Takut miskin kerana kalau nak kena keluar belanja atau modal nanti duit anda habis

Fear of Critism-Takut kena kutuk

Fear of Pain-Takut kepada kesakitan atau tidak tahan sakit

Fear of Lost- anda Takut Rugi

Fear of Sucess-anda Takut berjaya, memang ada manusia yg bangang macam ni
Fear of Being Alone- anda Takut utk melakukannya sendiri

Fear of Old Age-anda Takut anda terlalu Tua utk mencapai kejayaan

Fear of Too Young- anda Takut anda terlalu Muda utk menjadi seorang yg berjaya dan kaya

Fear of Death- anda Takut Mati, nanti mati tak bawa harta

Fear of Shame-anda Takut Malu, nanti apa orang kata

FEAR this FEAR that
Takut ini dan Takut itu


Yg anda Berani apa?

Berani utk Gagal!


Berani utk Miskin!



Berani utk Tidak Berusaha!


Berani utk Malas!


Berani utk Bodoh lebih dahsyat yg Berani buat Bodoh!


Antara dua jenis FEAR yg paling dahsyat dalam menghalang kemajuan manusia adalah:

FEAR you are Not Good Enough- anda Takut anda Tak Cukup Bagus

FEAR of Hatred-anda Takut orang lain akan Benci anda kalau anda Maju, Kaya dan Berjaya.

Sudah tentu yg menjadi dalang kepada segala ketakutan ini adalah.......Syaithan! Yg sentiasa mahu menghambat kemajuan manusia daripada kejayaan. Anda telah ikut kehendak dan kemahuan Syaithan! Teruskan dengan beraneka Takut anda tu, Pengecut! Teruskan berada di Takok
Lama


Kajang Pak Malau Kajang Melipat
Kajang Saya Mengkulai Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Musafir Lalu
Alahai!
Tak Kesian Pon.

0 comments:

Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 3

Khamis, November 20, 2014 Unknown 0 Comments

PENGETAHUAN TENTANG ROH

 Istilah vital force bukan saja menjadi rahsia di kalangan ahli homeopati. Di dalam ilmu perubatan lainpun, konsep yang melihat sakit dan sihat itu dari sudut keseimbangan vital force atau tenaga hayat ataupun roh memang ada. Tetapi sebagai orang yang terdidik dengan ilmu agama, Dr. Burhanuddin menyebutkan bahawa pengetahuan tentang roh itu telah dijelaskan oleh al-Qur'an iaitu:

    “.... dan mereka bertanya kepada engkau perihal roh, katakan sahaja roh itu urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit sahaja. (al-Isra'a: ayat 85)”

    Beliau menyimpulkan:

    “Ternyata dua perkara daripada pertunjukan ayat yang pendek ini, (1) roh dan jiwa itu urusan Tuhan (2) ilmu roh sedikit sahaja dikurniakan kepada makhluknya dan sedikit pula makhluknya yang tahu.... jika dapat mesti disimpan betul-betul dalam peti dan rumah yang selamat.... Yang demikian ahli yang mendapat kurnia ilmu roh itulah yang mendapat memelihara hidup yang sihat dan bernilai dan merekalah yang nampak atau mengetahui rahsia ramuan atma jiwa itu.[Bagaimana Menjaga Kesihatan & Mengekalkan Muda]

SIMILIMUM DALAM HADIS

  
Daripada intisari tulisan Dr. Burhanuddin di dalam bukunya Falsafah Perubatan Homeopati, beliau menyatakan:

    "Sebuah hadis yang masyhur diriwayatkan 'Bila lalat jatuh ke dalam bijana kamu, hendaklah kamu benamkan kerana pada salah satu sayapnya racun dan lagi satu penawar'. Maksud hadis ini secara tersirat menurut fahaman saya adalah sangat bertepatan dengan bahas undang-undang seraksi atau similimum itu. Maka pendapat homeopati oleh Hahnemann ini sebagai pembaharuan dan penjelasan yang tegas pada menyatakan undang-undang yang tidak pernah dite­gaskan oleh sebarang orang dengan terang sebelumnya." [FPH]

   Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud sebagaimana yang dipetik oleh Dr. Burhanuddin tersebut jelas sekali tidak membawa maksud 'persamaan' tetapi 'keseru­paan'. Hadis tersebut tidak menyebut sayap yang sama yang membawa kesembuhan, tetapi salah satu sayapnya mengandungi racun (kuman, penyakit) sementara yang lagi satu mengandungi penawar (antidot). Sayap yang kanan dan kiri yang datang daripada lalat yang sama itu sememangnya tepat dikatakan 'serupa'. Itulah konsep "homoeo" (serupa/similar) dalam homeopati dan bukannya konsep "homo" (sama/same) yang disalahfaham.

   Tidak dapat dinafikan bahawa Dr. Burhanuddinlah merupakan orang yang pertama mempertalikan hadis nabi dengan konsep undang-undang seraksi homeopati. Hal tersebut terbawa-bawa oleh para murid yang menerima didikan homeopati daripadanya. Yang demikian, penjelasan mengenai kisah Nabi Ya'qub pun masih menerangkan konsep similimum. Di mana baju gamis (Nabi Yusuf) yang berlumuran darah dengan darah palsu adalah penyebab yang menyebabkan Nabi Ya'qub bersedih dan hilang penglihatannya. Sementara yang menyembuhkan matanya ialah apabila ayahnya mendapat berita gembira setelah mencium dan diletakkan di wajahnya "baju gamis" kepunyaan Nabi Yusuf beberapa tahun kemudian. Baju gamis itu masih membawa konsep 'serupa' bukan konsep 'sama'. 

  
Serupa tapi tak sama- Gambar daripada google image

0 comments:

Sutrah (pembatas/ penghadang) Semasa Solat

Rabu, November 19, 2014 Unknown 0 Comments



Gambar daripada Google Image

Seringkali terjadi apabila solat di masjid pasti akan terjumpa orang yang melewati orang yang sedang solat. Perkara ini telah diberitahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa ianya terlarang. Bagi yang mengetahui pasti tidak akan senang melihatnya. Bagi sebahagian manusia lain mereka tidak kisah untuk melewati orang yang sedang solat, walaupun dengan membongkokkan badan sebagai cara (mungkin menghormati) tetapi itu bukanlah ajaran nabi bagi mereka yang ingin melewati orang yang sedang solat.

Mari kita lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan hal ini.

Hadis 1

“Seandainya orang yang lalu di depan orang yang solat mengetahui besarnya dosa yang ditanggungnya, nescaya ia akan memilih berhenti selama 40, itu lebih baik baginya dari lalu di depan orang yang solat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)   
    
Maksud 40 itu tidak dijelaskan di dalam hadis. Perawi hadis ini tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan adalah 40 hari, 40 bulan, atau 40 tahun. Dalam Musnad Al-Bazzar mengatakan 40 tahun.

Imam Al-Syaukani dalam Nailul Authar membahaskan bahawa yang diertikan dengan 40 itu menggambarkan betapa besarnya dosa. Ini menunjukkan bahawa perintah menggunakan sutrah ini bukan perkara main-main atau suka-suka.

Hadis 2

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, “Apabila seorang di antara kamu solat dengan memasang sutrah yang membatasinya daripada manusia, lalu ada seseorang yang ingin lalu di hadapannya, maka hendaklah dia menghalangnya. Bila dia enggan, bunuhlah dia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ambillah iktibar daripada 2 hadis di atas supaya yang solat merasa aman dan yang melintasi atau melewati tidak mendapatkan dosa melintasi orang yang sedang solat.

 

 Bacaan tambahan :



0 comments:

Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 2

Rabu, November 19, 2014 Unknown 0 Comments

TAFSIRAN VITAL FORCE

Dalam ilmu perubatan homeopati, Dr. Burhanuddin merupakan orang paling awal yang menghubungkan konsep roh dan tenaga hayat (yang diistilahkan oleh Dr. Samuel Hahnemann sebagai ‘vital force’) di mana dengan adanya roh itulah maka wujudnya kehidupan dan kesihatan. Katanya:    

 “Sumber hidup dan sihat dari roh iaitu tenaga dari dalam diri itu, ahli-ahli perubatan mengenal dan menamakannya tenaga hayat (vital force). Ahli-ahli perubatan homeopati mendasarkan kesembu­han itu timbul dari dalam iaitu dari tenaga hayat, bukan dari luar dan kerana kesembuhan itu datang dari dalam bukan dari luar, maka penyakit pun datang atau berpunca dari dalam yang menjadikan orang itu mengidap sakit, dan sakit atau penyakit yang ada di luar itu sama ada berkuman atau tidak adalah penjelmaan kerja yang rosak yang tidak sihat dari dalam dan dari punca tidak betulnya kuasa hayat. [BMK&MM]     

Vital force yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann mungkin kelihatan luas maknanya, tetapi jika diperhatikan para 10 buku Organon of Medicine, sememangnya penjelasan Dr. Burhanuddin itu tepat. Organon menyatakan: “Tanpa vital force, organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa, bertindak dan mempertahankan diri­nya. Tanpa vital force, tubuh akan mati....

(Sumber :http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD


Gambar daripada Google Image

0 comments:

Permata Buat Isteri

Selasa, November 18, 2014 Unknown 0 Comments



Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku





0 comments:

Berilah - Jangan Takut Miskin

Selasa, November 18, 2014 Unknown 0 Comments








Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah :268)



0 comments:

Tips Menjadi Kaya - Bahagian 5

Selasa, November 18, 2014 Unknown 0 Comments

Kekayaan tidak diberi oleh Allah dengan menjatuhkan duit dari langit. Orang yg mahu berjaya dan kaya terlebih dahulu mesti mempunyai keyakinan dan keimanan yg kuat terhadap Allah swt.Dan juga mempunyai hubungan yg kuat dengan Allah swt melalui amal ibadahnya.

Bagi yg tidak mempunyai segulung ijazah utk menduduki kedudukan berjawatan tinggi, anda tetap boleh menjadi kaya melalui jalan Perniagaan.
Peluang berada dimana2. Setiap masalah boleh diterjemahkan menjadi PELUANG utk berniaga menjana keuntungan.

Wadah yg keempat adalah:
4) Investment atau Pelaburan

Sudah tentu apabila disebut Pelaburan ia merupakan suatu jalan menggandakan duit yg sedia ada dalam simpanan anda dengan cara membeli saham syarikat2 yg telah berjaya. Pelaburan memerlukan Modal, namun seperti Perniagaan, Pelaburan juga memerlukan Ilmu. Tanpa ilmu utk mengenal pasti mana satu pelaburan yg baik kebanyakkan berakhir dengan Gigit Jari.

Namun di luar sana memang banyak para penyangak yg menunggu peluang utk mengaup hasil jerih payah orang lain melalui jalan PENIPUAN dengan 'membuka' lubuk Skim Cepat Kaya. Oleh itu sesiapa yg sememangnya ada duit digalakkan melaburkan duitnya itu 'Menumbuhkannya', to make it Grow. Cari syarikat2 yg memang betul2 terbukti kejayaan dalam meraih keuntungan utk beli sahamnya. Kerana duit yg disimpan akan MEROSOT sama ada melalui perbelanjaan atau paling tidak kerana Susut Nilai, Devaluation.

Maksudnya, duit yg anda simpan selamat 10 tahun tidak akan sama nilainya. Contohnya, 10 tahun lalu dengan duit $10 anda boleh berbelanja pasar utk makan sehari sekeluarga. Tetapi sekarang dengan keadaan Inflasi atau kenaikkan harga barang2, anda memerlukan $30 utk belanja pasar sehari bagi sekeluarga. Nilai $10 dahulu tidak lagi sama dengan nilai duit sekarang. 

Namun Pelaburan juga ada Halal dan Haramnya. Pastikan perniagaan yg dijalankan oleh syarikat yg mahu dilaburkan adalah syarikat yg membuat usaha yg halal. Melaburkan duit melalui jalan Riba adalah antara pelaburan Haram yg mesti dijauhi, segala pendapatannya tidak akan membawa berkat.
Wadah Kelima utk meraih pendapatan adalah Melalui Jalan Meminta2 yg dilakukan oleh segolongan manusia yg PEMALAS!

Sepanjang hidupnya hanyalah membuat 'Usaha' dengan meminta2 dari orang lain. Meraih pendapatan melalui jalan Meminta2 bukanlah suatu jalan yg mulia meskipun TIDAK MUSTAHIL ADA YG BOLEH MENJADI KAYA DENGAN MEMINTA SEDEKAH SEPANJANG HIDUPNYA.

Ini jalan yg tidak direkomen sama sekali kerana ia merupakan jalan Kehinaan.
Inilah antara yg terbanyak di kalangan manusia hari ini, menjana hidup melalui jalan HASIL USAHA ORANG LAIN!

Wadah yg Keenam dari usaha manusia mencari pendapatan adalah melalui jalan PENIPUAN. Menipu orang lain utk mendapatkan hasil. Contohnya kes seorang 'peniaga' Hand Phone di Sim Lim Square menipu para pelanggannya utk meraih keuntungan.

Atau contoh golongan yg membuka lubuk2 Skim Cepat Kaya yg bertujuan menipu orang lain. Akhir zaman ini manusia memang ramai yg menjadi semakin bijak, tidak kurang juga yg BIJAK MENIPU!

ORANG YG MENIPU MEMANG BOLEH KAYA TETAPI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA.

Dalam keenam2 wadah meraih Pendapatan yg telah dikongsikan, anda boleh membuat pilihan, wadah yg mana yg lebih sesuai dengan anda.

Kesimpulannya:
Paling ramai yg telah memilih jalan Pertama iaitu Pekerjaan, namun tidak ramai yg menjadi kaya melalui jalan ini tetapi RAMAI YG TELAH MEMBUAT ORANG LAIN MENJADI KAYA. You work to make your boss rich.


Jalan yg Kedua iaitu Bekerja Sendiri. Selagi anda tidak mempunyai segulung ijazah utk bekerja sendiri sebagai Doctor, Peguam, Engineer dll, jalan ini tidak banyak membantu menjadikan orang Kaya dan Berjaya.

Jalan yg Ketiga adalah jalan TERBAIK utk siapa sahaja tidak kira yg ada kelulusan atau tidak, lelaki atau perempuan dan tidak kira tua atau muda, semua mempunyai peluang yg sama yg luas UTK MENJADI KAYA DAN BERJAYA.

Adapun jalan yg Keempat, tidak semua orang yg dapat melakukannya.Jalan yg Kelima dan Keenam adalah jalan yg buruk YG PASTI TIDAK AKAN BERJAYA. Insya Allah iika anda Like seterusnya, akan dikongsikan pula Halangan yg Menghambat Kejayaan.

Apakah perkara2 yg menyebabkan seseorang itu GAGAL BERJAYA DAN KAYA.
Siapa mahu angkat tangan!
Ingat kemahuan adalah Doa
Doa adalah asas utama utk berjaya dan kaya.

Your Life Is Your Choice
JIKA MENGGERAKKAN JARI SAHAJA ANDA TIDAK MAMPU MASAKAN ANDA MAMPU UTK MENGGERAKAN TUBUH YG LAIN UTK BERJAYA DAN KAYA?
Kekayaan dan Kejayaan tidak akan berlaku TANPA PERGERAKKAN!
Kekayaan dan Kejayaan selalunya berlaku dengan menggerakkan LANGKAH PERTAMA.


Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments:

U.T.I (Urinary Tract Infection) - Kencing Kotor

Isnin, November 17, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada wikipedia - UTI


Masyarakat lebih mengetahui UTI dengan istilah Kencing Kotor , kencing tak lawas dan kencing berdarah. Saluran kencing yang berfungsi mengeluarkan bahan buangan berupa air kencing yang terdiri daripada pelbagai cairan buangan daripada tubuh (urea) mudah dihadapi oleh wanita berbanding lelaki.

Gejala:
>>> Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
>>> Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
>>> Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
>>> Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
>>> Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
>>> Demam dan seram sejuk.
>>> Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang:
>>> Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing , ia merebak dan terus membiak ke buah pinggang.

>>> Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

>>> Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor. 

>>> Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.Memasukkan pad tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pencegahan :
>>> Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih. 

>>> Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

>>> Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

>>> Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

>>> Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

>>> Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

>>> Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

>>> Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

>>> Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

>>> Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

>>> Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan. 

>>> Kurangkan minuman manis dan berkafein. 



Bacaan Tambahan :

0 comments:

Tips Menjadi Kaya - Bahagian 4

Isnin, November 17, 2014 Unknown 0 Comments

ORANG YG MENIPU MEMANG BOLEH KAYA TETAPI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA.

Dalam keenam2 wadah meraih Pendapatan yg telah dikongsikan, anda boleh membuat pilihan, wadah ygmana yg lebih sesuai dengan anda.Kesimpulannya:
 
Paling ramai yg telah memilih jalan Pertama iaitu Pekerjaan, namun tidak ramai yg menjadi kaya melalui jalan ini tetapi RAMAI YG TELAH MEMBUAT ORANG LAIN MENJADI KAYA. You work to make your boss rich.

Jalan yg Kedua iaitu Bekerja Sendiri. Selagi anda tidak mempunyai segulung ijazah utk bekerja sendiri sebagai Doctor, Peguam, Engineer dll, jalan ini tidak banyak membantu menjadikan orang Kaya dan Berjaya.

Jalan yg Ketiga adalah jalan TERBAIK utk siapa sahaja tidak kira yg ada kelulusan atau tidak, lelaki atau perempuan dan tidak kira tua atau muda, semua mempunyai peluang yg sama yg luas UTK MENJADI KAYA DAN BERJAYA.

Adapun jalan yg Keempat, tidak semua orang yg dapat melakukannya.

Jalan yg Kelima dan Keenam adalah jalan yg buruk YG PASTI TIDAK AKAN BERJAYA.

Apakah perkara2 yg menyebabkan seseorang itu GAGAL BERJAYA DAN KAYA.

Ingat kemahuan adalah Doa
Doa adalah asas utama utk berjaya dan kaya.

Your Life Is Your Choice




Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments:

Pengenalan Kepada Homeopati - Siri 1

Ahad, November 16, 2014 Unknown 0 Comments

Menjaga kesihatan merupakan satu tuntutan. Kesihatan yang baik membolehkan manusia melakukan pelbagai perkara baik dari segi pekerjaan, amal ibadat, bersenam dan sebagainya.


Entri kali ini berkenaan penjagaan kesihatan dengan menggunakan kaedah rawatan homeopati. Kaedah rawatan alami ini berfungsi sebagai kaedah rawatan alternatif selain daripada kaeadah perubatan yang biasa kita ketahui seperti di klinik dan hospital. Walaupun begitu, kaedah ini mempunyai undang-undang atau disiplin yang perlu dipatuhi untuk menjadikan sesuatu rawatan itu berkesan.





Sumber Gambar daripada Google Image

TAKRIF HOMEOPATI

Allahyarham Dr. Burhanuddin telah menyampaikan dengan tepat takrif homeopati secara berulang-ulang. Di antaranya ialah:

    “Homeopati ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsa­fah yang teguh, iaitu perubatan yang menggunakan kaedah SERUPA atau mengubat mengikut RAKSI atau mengubati seseorang sakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Iaitu bila sesuatu ubat atau racun yang berkhasiat ubat dimakan oleh orang sihat akan membuat beberapa sakit dan penyakit maka ubat yang demikian itu bolehlah diubatkan atau menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa dengan khasiat ubat itu.”

    "Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin: Similia-Similibus-Curentur. Ertinya: 'Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan."

    "Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu". [FPH]

    Penyampaian Dr. Burhanuddin seperti yang tertera di dalam nota kuliah beliau membawa pengertian yang sama dengan terjemahan Inggeris iaitu "similar" atau "like" bagi Homeo dan "suffering" dan "disease" bagi Pathos

    Mereka yang kurang memahami istilah penting ini telah menyimpang dengan menterjemahkan Homeo sebagai "sama" atau "persamaan". Dengan itu mereka memaknakan Homeopati sebagai sama penyakit, penderitaan yang sama dan 'Similia Similibus Curentur' sebagai “Biarlah yang sama disembuhkan oleh yang sama”.

    Kesilapan yang kelihatan kecil ini telah memberi suatu cerminan yang keliru kepada prinsip asas falsafah perubatan homeopati iaitu the Law of Similars yang disalahterjemahkan sebagai hukum atau undang-undang persamaan. Sedangkan Dr. Burhanuddin menguta­rakannya sebagai undang-undang seraksi.

    Di zaman Dr. Samuel Hahnemann, beberapa orang doktor alopati yang cuba mengkritik beliau juga tidak faham apa makna homeopati. Mereka telah menerima sindiran yang memalukan daripada Dr. Hahnemann sendiri. Kini di Malaysia, kita berhadapan dengan sebahagian pengamal homeopati sendiri yang gagal memahami makna homeopati sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi mereka menggelar diri masing-masing sebagai doktor homeopati.
(Sumber : http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/alhelmy/Takrif.htm) - disusun oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

0 comments:

Kenali Pohon Gharqad - syarah hadis

Isnin, November 03, 2014 Unknown 0 Comments


Maulana Asri Yusof
Ketika batu dan pohon lain menunjukkan di mana Yahudi, hanya pohon Gharqad sahaja mendiamkan diri...

15 minit Maulana Asri mensyarahkan Hadis peperangan akhir zaman antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi. Dan penjelasan tentang pokok Gharqad yang akan melindungi Yahudi dari dibunuh oleh orang Islam.

Antara isikandungan video:
1. Yahudi pernah berada pada zaman kegemilangannya: Zaman Nabi Yusof a.s.

2. Kejatuhannya: Zaman Nabi Musa a.s. Mereka pernah kuasai Mesir dan Palestine.

3. Nabi s.a.w. berpesan agar Yahudi diusir dari semenanjung Arab. Mereka bertebaran ke serata dunia.

4. Ke mana sahaja Yahudi pergi semua orang membencinya kerana perangai buruk mereka.

5. Dahulu.. Kerana lemahnya keadaan Yahudi, semuanya tidak terbayang akan berperang dengan mereka.

6. Setelah bertebaran ke serata negara, Yahudi akan kembali kuat...

7. Kerana dahsyatnya kezaliman Yahudi, hinggakan batu dan pokok turut membenci mereka

8. Yahudi bercadang untuk meluaskan wilayahnya. Mereka merancang untuk merampas semula
termasuk Madinah...

9. Pada zaman Nabi s.a.w. Yahudi dihalau dan ada yang dibunuh kerana pengkhianatan dan pembelotan mereka

10. Yahudi bangsa yang cerdik dan licik ke arah kejahatan. Allah menghukum mereka atas jenayah mereka yang cukup besar.. Mereka selewengkan agama serta membunuh Nabi-nabi dan wali-wali

11. Apabila batu dan pokok sudah berkata-kata, maka itu adalah kemuncak kezaliman Yahudi

12. Yahudi sekarang menanam pokok Gharqad. Mereka percaya dengan sabda Nabi s.a.w. bahawa pohon ini akan menyelamatkan mereka.

13. Di sana ada hikmahnya mengapa Allah menjadikan pohon Gharqad sebagai tempat Yahudi berlindung..


Syarah Hadis Peperangan Akhir Zaman oleh Maulana Asri Yusof
Disalin daripada Page FB
Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Video Keterangan seperti di bawah :


0 comments:

Tips Menjadi Kaya - Bahagian 3

Ahad, November 02, 2014 Unknown 0 Comments


Gambar daripada affirmyourlife.blogspot.com
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kekayaan dan kemiskinan adalah pilihan anda. Siapa yg mahukan kekayaan dia mesti mula dengan DOA meminta dari yang Maha Kaya. Doa meminta kekayaan menunjukkan kemahuan dan sejauh mana seriusnya seseorang yg mahukan kekayaan dilihat pula dari kesungguhannya dalam berdoa. Dia mesti berdoa hari2 meminta Allah jadikan dia orang Kaya atau Jutawan.

Tips selanjutnya adalah MATLAMAT.
Orang yg mahukan kekayaan mesti mempunyai Matlamat utk menjadi Kaya. Matlamat akan menentukan cepat lambat dia mendapatkan kekayaan. Ada Empat perkara dalam syarat menentukan Matlamat.

Pertama: What?
Apa kekayaan yg anda kehendaki.

Contoh, Mahu kaya banyak duit atau Mahukan Rumah Besar atau Mahukan Kenderaan dan sebagainya. Seperti yg dijelaskan sebelum ini juga, antara faktor doa adalah FIKIR. Apa yg kita selalu Fikirkan akan menjadi doa dan akhirnya akan dikabulkan. Seorang yg mahu duit banyak mesti tanamkan dalam mindanya kebaikkan BANYAK DUIT. 

Jika anda sentiasa fikirkan yg dengan duit anda dapat banyak kebaikkan maka Allah akan berikan apa yg anda selalu fikirkan. Orang yg selalu menanamkan dalam fikirannya duit adalah punca negatif atau berfikiran negatif tentang banyak duit maka dia tidak diberikan banyak duit kerana apa yg difikir itulah yg menjadi doanya.

Kedua: Clarity
Maksudnya apa yg dikehendaki mestilah jelas. Contohnya: Apabila anda mahu banyak duit, anda mesti tentukan sama ada dalam minda anda atau dalam bentuk perkataan BERAPA JUMLAH ANDA MAHUKAN. Misalnya anda mahukan $500,000, jumlah yg anda mahukan ini mesti sentiasa ada dalam minda anda dan sentiasa disebut dalam doa anda.

Apabila anda tidak sebutkan jumlahnya, maka Allah akan berikan kekayaan kepadanya tetapi bukan apa yg kita mahukan. Contoh: seorang yg minta kaya, tatkala dia minta kekayaan itu dia ada $5, tidak lama kemudian duitnya jadi $7. Dalam hal ini, doanya meminta kekayaan sudah dikabulkan Allah kerana dia telah menjadi kaya $2 dari $5.


Ingat, JANGAN SESEKALI RAGU DENGAN KEUPAYAAN ALLAH DALAM MEMBERI. Orang yg tidak yakin atau tidak ada kepercayaan dan keyakinan tidak akan diberi. Ini antara masalah ramai dikalangan kita, kita selalu doubt terhadap keupayaan Allah. 

Rasulullah saw mengajarkan kepada kita apabila kita mahukan syurga jangan hanya sebut nak masuk syurga tetapi hendaklah kita sebut dalam doa kita agar Allah memasukkannya ke dalam Jannatul Firdaus, iaini syurga yg paling tinggi. 

Orang yg mahukan kekayaan Rumah Besar mesti jelas rumah besar yg macamana, jenis apa, 4 bilik, 5 bilik, Condo, Landed, Bungalow atau apa sahaja yg anda mahukan mesti Clear dalam minda anda kerana Allah tidak akan berikan apa yg anda sendiri tidak pasti apa yg anda mahukan. 

Orang yg mahukan kekayaan melalui perniagaan mesti sebut perniagaan yg macamana yg kita mahukan. Misalnya, mahu perniagaannya sukses macam Mustaffa Centre. Maka Allah akan berikan ikut apa yg dia fikirkan dan sebutkan dengan jelas kemahuannya.  Begitu juga yg lain2. 

What you dream that is what you get.
Saya sendiri minta kepada Allah agar Allah jadikan saya kaya seperti Abdul Rahman Bin Auf, seorang sahabat Nabi yg terkaya, sangat kuat iman dan amalnya dan merupakan 10 sahabat Nabi saw yg dijamin masuk syurga. 

Ketiga: When?
Bila dia mahukan kekayaan itu. Ini semua tujuannya agar kita dan bersedia utk menerima pemberian Allah. Antara sebab seseorang tidak mendapatkan apa yg dia minta adalah kerana dirinya TIDAK BERSEDIA ATAU BELUM BERSEDIA utk menerima pemberian Allah. Tanya pada diri anda, jika pangkat dan position yg anda mahukan diberikan Allah pada hari ini, are you ready for it?

Contoh dari perkara ini adalah, kita tanamkan dalam minda kita atau sebutkan bila kita mahukan kekayaan tersebut. Misalnya, kita katakan kita mahukan duit sebanyak $500,000 atau anda mahu menjadi Jutawan atau have your first Million by the year 2016 atau 2 tahun dari sekarang. Atau anda mahu rumah besar 5 rooms by 2017 after you get married.


Keempat: Why?
Inilah antara faktor yg penting yg akan menentukan sama ada kita mendapatkan apa yg kita mahukan cepat atau lambat Rahmat atau Kebinasaan. Anda mesti tentukan tujuan anda mahukan kekayaan tersebut. Apabila tujuannya baik seperti tujuan anda agar anda dapat bantu orang, bawa ibu bapa anda pergi haji, atau mahu belikan rumah utk mrk atau mahu tolong seseorang dari kesusahannya, atau anda mahukan kekayaan kerana mahu senangkan keluarga yg sudah lama hidup menderita atau dengan kekayaan anda dapat belajar luar negeri atau dengan kekayaan anda dapat mampu membayar rawatan utk diri anda atau ibu bapa atau ahli keluarga dan lain2. 

Lagi baik tujuan anda lagi cepat anda akan dapatkan apa yg mahukan. Bila anda renungkan kembali semua ini sebenarnya ajaran ini sememangnya telah ada sekian lama dalam ajaran Islam dalam masalah NIAT DALAM IBADAH ATAU SESUATU PERBUATAN. 

Apabila kita mahu lakukan sesuatu kita perlu ada niat, niat akan menentukan MATLAMAT KITA. Antara faktor yg penting yg mesti adalah dalam niat solat misalnya, anda mesti tahu solat apa yg anda nak buat, berapa rakaat, qadhak atau Adhak, Jamak, Qasor atau Tam dan akhir sekali apa tujuan anda melakukan ibadah tersebut. Jika dilakukan kerana tujuannya baik kerana Allah maka ibadah itu akan diterima dan anda akan mendapatkan balasan yg baik. Begitulah juga dengan Doa Minta Kekayaan. 

Bukan sahaja itu berdoa dengan Matlamat yang jelas, telah lama ada dalam surah Al Fatihah. Bayangkan setiap hari 17 kali anda baca Al Fatihah, jika difahami betul2 disitu ada apa yg kita katakan dalam bab Matlamat ini pastilah anda akan jadi orang kaya, hartawan dan jutawan.




Disusun daripada fb : Ustaz Abdul Rahman Mohamed 
(Pengurus Fiqh Consultancy-Singapura)
www.fiqhonlinestore.com

0 comments: